Friday, February 13, 2009

Antara kuasa dan ideologi



Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesan tsunami politik 308 telah membawa banyak kesan kepada negara. Sesetengah pihak berpendapat bahawa negara kita sedang menuju ke arah pembentukan sistem dua parti (BN dan PR).Imbangan 140:82 dalam Parlimen adalah satu kombinasi yang agak baik. Kerajaan tidak terlalu kuat dan pihak pembangkang tidak juga terlalu lemah. Walau bagaimanapun, kita janganlah gembira terlalu awal kerana itu bukan semestinya suatu perkara yang baik.

Melihat perlakuan dan percakapan ahli politik, tidak kira dari BN ataupun PR, kebanyakan adalah tidak masuk akal. Apa yang dimaksudkan sebagai pembentukan sistem dua parti itu hanya adalah satu ilusi sahaja. Kita masih jauh daripada demokrasi, kita masih jauh daripada impian rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Kita boleh lihat, kini terdapat dua parti yang sedang bersaing dan berjuang di arena politik di negara kita, tetapi masalahnya perjuangan itu bukan perjuangan ideologi, dan bukan juga perjuangan untuk kepentingan rakyat, tetapi perjuangan kuasa masing-masing. Sebenarnya kita ada banyak ahli politik yang tidak ada prinsip dan ideologi, mereka memperjuangkan 'kuasa' mereka. Selepas mendapat kuasa, mereka mendapat kepentingan peribadi, dan perkara ini tidak berkaitan langsung dengan ideologi politik dan kepentingan rakyat.

Selepas 308, wujud 916, apabila masyarakat berbincang tentang isu lompat parti, mereka hanya berbincang sama ada itu betul atau salah, tetapi tidak ramai yang memikir dan menganalisis secara mendalam 'kenapa perlu lompat parti'. Lompat parti sebab nak jatuhkan kerajaan? kenapa nak jatuhkan kerajaan? adakah selepas menjatuhkan kerajaan, dasar akan diubah? Kalau hendak menjatuhkan kerajaan kerana mereka menyalahgunakan kuasa dan tidak demokratik, apakah cara untuk memastikan pihak tertentu tidak menyalahgunakan kuasa dan demokratik selepas mengambil alih kerajaan?


Saya boleh terima kalau Hee Yit Foong keluar parti kerana ideologi DAP bertentangan dengan ideologinya. Masalahnya kenapa selepas 20 tahun berkhidmat di DAP, sekarang ini baru hendak keluar parti? Jelas sekali ini adalah berkaitan dengan kepentingan peribadinya. Bolehkah kita meletakkan harapan kepada seorang wakil rakyat yang sebegitu?Lompat parti, keluar parti, semuanya adalah berkaitan dengan kepentingan peribadi dan persaingan untuk mendapat kuasa antara parti, tidak berkaitan dengan ideologi politik atau kepentingan rakyat pun!

Bersih, cekap, amanah, adil, itu cuma slogan, belum sampai lagi tahap ideologi politik, kerana tiada ahli politik atau mana-mana parti politik akan memberitahu anda bahawa mereka percaya ketidakadilan, ataupun ketidakcekapan.Oleh itu, kita tidak boleh membezakan kedua-dua parti dengan slogan ataupun deskripsi sahaja.

Amerika Syarikat mengamalkan sistem dua parti. Kedua-dua Parti Democrat dan Parti Republican mempunyai pandangan dan ideologi yang berbeza tentang peranan kerajaan, dasar kebajikan, masalah ekonomi, tanggungjawab rakyat dan lain-lain. Negara kita? kebanyakan ahli politik langsung tidak tahu ideologi dan prinsip yang dipegang, apakah itu politik berhaluan kiri, politik berhaluan kanan, political individualism,
political holism, sosialisme? Kalau seseorang ahli politik tidak jelas tentang ideologi yang dipegang, bagaimana mereka hendak mentadbir negara?

Apakah hubungan moral dengan undang-undang?Apakah prinsip menggubal undang-undang? Kalau seseorang Ahli Parlimen yang tidak tahu dan jelas jawapan bagi persoalan tersebut, bagaimana mereka hendak menggubal dan membahas undang-undang negara?

Kita tidak akan membiarkan seseorang yang bukan pakar perubatan menjadi doktor dan menjalankan pembedahan, kita juga tidak dapat bergantung kepada seseorang yang bukan pakar kejuruteraan membina bangunan, dan kita tidak dapat terima seseorang yang tidak tahu undang-undang untuk menjadi hakim atau peguam. Tetapi kita boleh terima seseorang yang tidak tahu politik, ekonomi, sosialogi untuk mentadbir negara dan menjadi kerajaan. Hakikatnya,ahli-ahli politik hanya memperjuangkan kuasa, bukan ideologi. Parti yang membantah 'lompat parti' akhirnya menggunakan cara yang sama untuk mengambil alih kuasa. Ahli politik yang Anti-ISA boleh pula menyeru kerajaan menangkap lawannya dengan menggunakan ISA.( hahaha...)

Satu-satunya perbezaan ideologi parti yang jelas adalah antara ideologi PAS yang menggabungkan agama dengan politik dan ideologi BN yang memisahkan kedua-duanya. Tetapi, adakah Pakatan Rakyat mempercaya ideologi dan prinsip PAS yang merupakan salah satu anggota dalam PR?; Dalam BN-UMNO pula ada ahli politik yang lebih tipikal dan islamik daripada ahli politik PAS.

Kebelakangan ini, insiden ambil alih kuasa yang berlaku di Perak, pilihan raya kampus di UKM, AGM PERUNDANG dan lain-lain telah mengecewakan saya. Walaupun corak pemikiran rakyat telah berubah, tetapi persekitaran budaya setempat masih rendah, dan ini mengakibatkan kualiti ahli politik yang buruk!

Thursday, February 12, 2009

HENTIKAN PERSENGKETAAN POLITIK DEMI KELANGSUNGAN EKONOMI NEGARA


Presiden Barack Hussien Obama telah dinobatkan sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20hb Januari 2009. Beliau terus turun padang untuk menyelamatkan ekonomi negara tersebut yang sedang mengalami krisis kewangan daripada terus lumpuh dengan melakukan dasar-dasar yang drastik demi kesentosaan rakyat negara tersebut dalam jangka masa yang panjang. Beliau juga telah menetapkan nilai bekerjasama dengan pihak parti "pembangkang" Republik sebagai model untuk mara ke hadapan setapak lagi. Pada minggu lepas, Presiden Obama telah menamakan Judd Gregg, seorang Senator parti Republik sebagai setiausaha kewangan beliau. Judd Gregg merupakan orang ketiga daripada Parti Republik untuk dilantik dalam kabinet Obama selepas Robert Gates, setiausaha Pertahanan dan Ray Lahood, setiausaha Pengangkutan seperti kata Obama, " Ini bukan masanya untuk berpartisan tetapi untuk mentadbir dengan baik melalui kerjasama". Alangkah baik sekiranya kerjasama tersebut boleh dipupuk di Malaysia...

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku di negara ini. Pergolakkan politik yang bermula sejak tsunami politik 8 Mac 2008 nampak tiada penghujungnya buat masa ini. Sekarang kita menghadapi kekeliruan dan krisis politik di negeri Perak dengan kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat saling tuduh-menuduh antara mereka. Dengan kedudukan dua Menteri Besar dengan tuntutan kedua-dua pihak bahawa mereka adalah kerajaan yang sah ditambah pula dengan tuntutan kes di mahkamah, perancangan stimulasi ekonomi di negeri tersebut terpaksa ditunda sehingga mahkamah mengeluarkan keputusan. Ini akan merugikan rakyat negeri Perak kerana mereka terjejas dengan teruk semasa negara berada diambang krisis ekonomi dunia.

Tambahan pula, pakar-pakar ekonomi turut menyatakan bahawa Malaysia juga akan terkena tempias krisis ekonomi global yang melanda Amerika Syarikat kerana negara ini adalah negara yang banyak bergantung kepada eksport untuk menjana pertumbuhan ekonominya. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah awal dengan memperuntukkan RM2 billion dalam Valuecap Bhd dan pakej stimulasi RM7 billion untuk menyuntik ekonomi negara namun ianya dilihat masih tidak mencukupi untuk menyelamatkan Malaysia daripada memasuki kegawatan pada tahun hadapan. Pada Jumaat lepas CIMB mengubah unjuran pertumbuhan ekonomi negara daripada 2% kepada 0.8% tahun ini manakala Citibank meramalkan pertumbuhan ekonomi akan memasuki kegawatan pada bulan September ini pada -0.5%. Sebenarnya ekonomi Malaysia sedang mengalami keadaan yang genting namun penulis kecewa ahli-ahli politik seperti tidak mengambil berat untuk berbuat sesuatu untuk memulihkan ekonomi negara.

Hari demi hari perbalahan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi dengan masing-masing tidak mahu melepaskan ego mereka. Esok, Suruhanjaya Pilihan Raya akan membuat keputusan mengenai pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Yang pasti kempen di dua "Bukit" ini akan menelan kos berjuta-juta ringgit dan yang akan merana ialah rakyat biasa kerana wang yang digunakan adalah melalui kutipan cukai yang dibayar kepada kerajaan. Selepas itu, pada bulan Mac, parti UMNO akan mengadakan pemilihannya dan YAB Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan tampuk jawatan Perdana Menteri kepada pengganti beliau YAB Dato'Seri Najib Tun Razak. Penulis bimbang dengan perhatian yang terlalu meluas diberikan kepada perkembangan politik tanahair, pemulihan ekonomi akan terbiar. Rakyat akan menerima sengsara kerana periuk nasi mereka terjejas dengan teruk dengan ribuan lagi tenaga buruh dijangka akan kehilangan kerja mereka selepas ini kerana banyak syarikat mula menghentikan operasi perniaagan mereka.

Sudah terang lagi bersuluh, penulis berharap YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih tampuk pentadbiran pada 1 April ini bekerjasama dengan ketua pembangkang YB. Dato Seri Anwar Ibrahim untuk kelangsungan ekonomi negara terutamanya dalam pembentangan belanjawan mini benilai RM 10 billion yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat minggu hadapan bukannya bertekak siapa yang hebat. Penulis menyeru kepada parti kerajaan dan pembangkang untuk mengetepikan persengketaan mereka dan bekerjasama demi kesejahteraan hidup rakyat negara ini. Kita tidak mahu negara ini kucar-kacir seperti negara Thailand hanya kerana perbezaan idelogi politik. Ingatlah wahai pemimpin, anda bertanggungjawab untuk membela rakyat negara ini kerana merekalah yang meletakkan anda di kedudukan ini. Janganlah leka apabila berada di atas kerana rakyat memerhatikan anda dan mampu membuat perubahan dalam peti undi sekiranya perut mereka "menjerit" lagi. Bersatu untuk rakyat. Sekian, harapan seorang mahasiswa...


Bumiputra Status...Rights or Discrimination?

This posting might sound pretty sensitive and controversial but this issue has been bugging my mind for quite some time. I promise that i'll try to filter it as much as i can and make it as short as possible. Bumiputra rights?? It is taboo in Malaysia to even talk about it. It is something we are not allowed to speak freely about in our country where we practice so-called 'democracy' . First thing that comes into my mind when i come across the word Bumiputra is why is there such thing as Bumiputra rights? I still remember, when i was younger i asked my dad what is these rights. He said, "son, they are special rights given to the Malays in Malaysia because it is said they are the original population here before the Chinese and Indians migrated here." From my own understanding through out the years, it is rights given to the Malays so that their sovereignity over this land and their status quo will be prevailed. Now, i don't want to dispute their rights or whatsoever, but as history shows, the Malays are also migrants from South Yunan, China that settled down here. Besides that there also Malays who originated from Sumatera and Jawa. If we study all the facts laid down in front of us, at the end of the day, we'll find that all of us are migrants. By right only the Orang Asli's should bestowed with the Bumiputra rights as they are the natives in this land, not the Malays, Chinese, or the Indians. But ironically these Orang Asli's are the community which is left behind.

The goverment of Malaysia have been crying out loud the importance to instill the Bangsa Malaysia spirit in everyone of us. But how are they possibly going to achive it when they still maintain these rights which benefits only the Malays and leaves out the other races. In a democratic country such as Malaysia, everyone of the citizens should be treated equally but here the majority are given special preferencial rights and the minorities are not. Doesn't this indicates the existance discrimination?

If the government wants the Bumiputra status to left undebated and challenged, then fine. But first, they must make sure that the rights are given to the Malays as constituted and not to all those who practice Islam. That will end up in people converting into Islam just to enjoy the privillege of being a Bumiputra and not embrace the Islamic religion solitarily for the beauty of it. For example there are many Indonesian workers who end up gaining permanent citizenship by way of marrying our local girls or just being in our country for a specified time. And this Indonesians now are claiming for the same Bumiputra rights as the Malays. And sadly our government is granting that rights to them on the grounds of Islamic brotherhood. This shows that this migrants are going enjoy much more benefits given by the government just because they practice Islam compared to Malaysians who do not practice the islamic religion. Is there any fairness to this?

Most if not all of the government contracts are given to the Malays without any tender requirement due to this rights. The government are doing this so that it will help the Malay community to elevate their economy status. Fine im okay with that although, i want to point out that what they are doing is unfair and discriminating because there are also other Malaysians out there who needs financial boost like this besides the Malays in order to improve their financial status. Coming back to the Malays, they take the oppurtunity given to them for granted and to earn easy money instead of fullfilling those contracts, subs the contracts to contractors for a hefty sum of payment. This contractors who have taken out a large amount of money to pay the Malay individual to acquire the contract also wants to make profit. In order to achieve that, thay will use the cheapest alternative to minimize thier cost and complete those contracts. At the end of the day, we the public who will suffer the consequences. This is because, the low cost jobs done by the sub-contractors will later on result in uneven roads, potholes and many others. This will cause the government extra funds to rectify the damages caused by the cheap jobs done by those sub-contractors. And this money for further repairs comes from the taxpayers. Because of a Bumiputra who does not carry out his responsibility properly, why must the money used to rectify the damages come from the tax paid the citizens of Malaysia including the non-Malays. Doesn't this clearly shoes that the non-Malays are paying the price in order for the irresponsible Malays to continue enjoying their Bumiputra status? Isn't this discrimination? Wouldn't all this be avoided if only the goverments contracts are granted to individuals by way of open tender?

If i did hurt some party while writing this then i am sorry. But you must understand that what i am trying to bring out here is that this Bumiputra rights has given to emergence of racial prejudice among all the races in Malaysia. The non-Malays are constantly feeling discriminated. We have seen what happened in 1969. Do we want it to repeat itself?

Monday, February 9, 2009

A.KUGAN: ANTARA KEADILAN DAN KUASA

Setelah muncul ibarat badai di lautan ianya kembali tenang. Itulah nasib bagi kes A.Kugan yang telah mati di dalam tahanan polis pada januari 2009.Kes yang pada awalnya mendapat perhatian di media kini kembali senyap tanpa apa-apa perkembangan yang diwar-warkan kepada umum. Kes ini telah mendapat perhatian umum dan menyebabkan beberapa isu mulai timbul. Persoalan utama saya adakah ini kes pertama orang mati sewaktu dalam tahanan polis. Perkara ini sendiri perlu perhatian umum. Mengikut perangkaan yang telah dikeluarkan pada tahun lepas seramai 1535 oarang telah mati dalam tahanan polis dalam tempoh tahun iaitu sejak tahun 2003 hingga tahun 2007. Namun dalam kes Kugan ini keadaan adalah berbeza kerana sekarang ini sedang berlaku gelombang kesedaran yang pesat dikalangan rakyat kita sendiri. Jadi keadaan mungkin berbeza jika kes ini berlaku berberapa tahun dahulu iaitu kes ini mengkin tidak akan diketahui umum kerana sikap rakyat sendiri pada masa itu yang hidup dalam keadaan sambil lewa.


A.Kugan telah ditahan atas alasan siasatan sebagai orang yang disyaki terlibat didalam kes mencuri kenderaan mewah. Namun akhirnya telah ditemui mati sewaktu dalam tahanan polis. Hasil bedah siasat yang awal menunjukkan bahawa Kugan telah mati disebabkan penyakit jangkitan paru-paru berair. Persoalannya bagaimana pula kugan boleh mengalami jangkitan pada paru-paru. Menurut Malaysiakini, pengamal perubatan berkata bahawa kepala Kugan yang ditahan berkaitan kes kecurian kereta mewah mungkin direjam kedalam baldi berisi air seperti seksaan “water boarding totture” seperti yang dilakukan pada tahanan di Guantanamo Bay.Walaupun dakwaan polis bercanggah dengan hipotisis ini, terdapat juga laporan daripada Malaysian Insider yang melaporkan bahawa hasil bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya menunjukkan kecederaan pada bahagian luar tubuh kugan.


Kes ini telah pun diklasifikasikan sebagai kes bunuh oleh peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail. Namun kes ini telahpun menimbulkan semangat inkuiri berkenaan kes ini dikalangan rakyat semakin meningkat.Namun apa yang patut dikesali kini adalah kes ini dijadikan pula sebagai isu perkauman. Saya tidak faham mengapa kematian Kugan ini dikatakan sebagai satu isu perkauman. Malah beberapa kawan saya sendiri telah mengadakan perbincangan mengapa kaum India memandang berat kes ini dan dijadikan sebagai satu kes yang begitu penting. Berkenaan pekara ini saya ingin bertanya mengapa kes kugan hanya perlu dipandang sebagai satu isu kaum India sedangkan sudah dengan jelas lagi dapat dilihat bahawa kes ini merupakan satu isu kemanusiaan. Mengapa masih ada beberapa pihak mulai mengambil kesempatan bagi menjadikan kes ini sebagai satu isu perkauman.


Kesempitan akal sebilangan pihak ini telah menimbulkan kesedihan di hati saya kerana kealpaan mereka untuk melihat kes ini sebagai satu kes yang berkisar mengenai isu kemanusiaan. Begitu juga dengan penyataan Menteri Dalam Negeri, Dato ‘Seri Syed Hamid Albar yang menyatakan bahawa pihaknya tidak mahu rakyat menganggap pihak yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang sebagai syaitan.Saya berasa kesal dengan penyataan yang dikeluarkan oleh wakil yang telah dipilih oleh kita ini. Sebenarnya kugan bukanlah dianggap sebagai wira tetapi dia hanyalah lambang mangsa yang mengalami kezaliman didalam penguatkuasaan yang telah dibiarkan lama bertapak dalam penguatkuasaan undang-undang Negara kita. Apa yang telah terjadi kepada peruntukan undang-undang yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah “innocent until proven guilty”. Jika betullah Kugan bersalah sekalipun adakah hukuman bagi kesalahan mencuri ialah hukuman bunuh. Sedangkan dalam hal ini dia hanyalah ditahan atas alassan syak sahaja. Tetapi untuk kesalahan yang menimbulkan syak itu sendiri telah memberikan hukuman bunuh kepada Kugan. Saya bukanlah menulis posting ini untuk manyebelahi mana-mana pihak dan bersikap diskriminasi pada pihak yang lain. Apa yang telah memanggil saya untuk menulis berkenaan isu ini adalah kerana sifat kemanusiaan semata-mata. Ini adalah pandangan diri saya sendiri.


Di samping itu saya tidaklah menyalahkan pihak berkuasa semata-mata malah saya menyanjung tinggi usaha pihak polis dalam membanteras jenayah bagi memberikan kita kehidupan yang lebih selesa kapada rakyat tetapi apa yang saya kesali ialah dalam perlaksanaan undang-undang itu sendiri telah berlakunya pelanggaran kepada prinsip rule of law dan keadilan dimana isu kemanusiaan mulai tidak lagi mendapat tempat. yang utama Pada pendapat saya prosedur penyiasatan kita haruslah dikaji semula dan pematuhan pada prosedur itu sndiri haruslah dipastikan. Kes ini haruslah diselesaikan secepat mungkin denagn penuh keadilan agar kekotoran pada keadilan itu sendiri dapat dihapuskan dan memartabatkan kembali perundangan Negara kita.

NO MAN IS ABOVE THE LAW






Wacana Mahasiswa