Friday, February 13, 2009

Antara kuasa dan ideologi



Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesan tsunami politik 308 telah membawa banyak kesan kepada negara. Sesetengah pihak berpendapat bahawa negara kita sedang menuju ke arah pembentukan sistem dua parti (BN dan PR).Imbangan 140:82 dalam Parlimen adalah satu kombinasi yang agak baik. Kerajaan tidak terlalu kuat dan pihak pembangkang tidak juga terlalu lemah. Walau bagaimanapun, kita janganlah gembira terlalu awal kerana itu bukan semestinya suatu perkara yang baik.

Melihat perlakuan dan percakapan ahli politik, tidak kira dari BN ataupun PR, kebanyakan adalah tidak masuk akal. Apa yang dimaksudkan sebagai pembentukan sistem dua parti itu hanya adalah satu ilusi sahaja. Kita masih jauh daripada demokrasi, kita masih jauh daripada impian rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Kita boleh lihat, kini terdapat dua parti yang sedang bersaing dan berjuang di arena politik di negara kita, tetapi masalahnya perjuangan itu bukan perjuangan ideologi, dan bukan juga perjuangan untuk kepentingan rakyat, tetapi perjuangan kuasa masing-masing. Sebenarnya kita ada banyak ahli politik yang tidak ada prinsip dan ideologi, mereka memperjuangkan 'kuasa' mereka. Selepas mendapat kuasa, mereka mendapat kepentingan peribadi, dan perkara ini tidak berkaitan langsung dengan ideologi politik dan kepentingan rakyat.

Selepas 308, wujud 916, apabila masyarakat berbincang tentang isu lompat parti, mereka hanya berbincang sama ada itu betul atau salah, tetapi tidak ramai yang memikir dan menganalisis secara mendalam 'kenapa perlu lompat parti'. Lompat parti sebab nak jatuhkan kerajaan? kenapa nak jatuhkan kerajaan? adakah selepas menjatuhkan kerajaan, dasar akan diubah? Kalau hendak menjatuhkan kerajaan kerana mereka menyalahgunakan kuasa dan tidak demokratik, apakah cara untuk memastikan pihak tertentu tidak menyalahgunakan kuasa dan demokratik selepas mengambil alih kerajaan?


Saya boleh terima kalau Hee Yit Foong keluar parti kerana ideologi DAP bertentangan dengan ideologinya. Masalahnya kenapa selepas 20 tahun berkhidmat di DAP, sekarang ini baru hendak keluar parti? Jelas sekali ini adalah berkaitan dengan kepentingan peribadinya. Bolehkah kita meletakkan harapan kepada seorang wakil rakyat yang sebegitu?Lompat parti, keluar parti, semuanya adalah berkaitan dengan kepentingan peribadi dan persaingan untuk mendapat kuasa antara parti, tidak berkaitan dengan ideologi politik atau kepentingan rakyat pun!

Bersih, cekap, amanah, adil, itu cuma slogan, belum sampai lagi tahap ideologi politik, kerana tiada ahli politik atau mana-mana parti politik akan memberitahu anda bahawa mereka percaya ketidakadilan, ataupun ketidakcekapan.Oleh itu, kita tidak boleh membezakan kedua-dua parti dengan slogan ataupun deskripsi sahaja.

Amerika Syarikat mengamalkan sistem dua parti. Kedua-dua Parti Democrat dan Parti Republican mempunyai pandangan dan ideologi yang berbeza tentang peranan kerajaan, dasar kebajikan, masalah ekonomi, tanggungjawab rakyat dan lain-lain. Negara kita? kebanyakan ahli politik langsung tidak tahu ideologi dan prinsip yang dipegang, apakah itu politik berhaluan kiri, politik berhaluan kanan, political individualism,
political holism, sosialisme? Kalau seseorang ahli politik tidak jelas tentang ideologi yang dipegang, bagaimana mereka hendak mentadbir negara?

Apakah hubungan moral dengan undang-undang?Apakah prinsip menggubal undang-undang? Kalau seseorang Ahli Parlimen yang tidak tahu dan jelas jawapan bagi persoalan tersebut, bagaimana mereka hendak menggubal dan membahas undang-undang negara?

Kita tidak akan membiarkan seseorang yang bukan pakar perubatan menjadi doktor dan menjalankan pembedahan, kita juga tidak dapat bergantung kepada seseorang yang bukan pakar kejuruteraan membina bangunan, dan kita tidak dapat terima seseorang yang tidak tahu undang-undang untuk menjadi hakim atau peguam. Tetapi kita boleh terima seseorang yang tidak tahu politik, ekonomi, sosialogi untuk mentadbir negara dan menjadi kerajaan. Hakikatnya,ahli-ahli politik hanya memperjuangkan kuasa, bukan ideologi. Parti yang membantah 'lompat parti' akhirnya menggunakan cara yang sama untuk mengambil alih kuasa. Ahli politik yang Anti-ISA boleh pula menyeru kerajaan menangkap lawannya dengan menggunakan ISA.( hahaha...)

Satu-satunya perbezaan ideologi parti yang jelas adalah antara ideologi PAS yang menggabungkan agama dengan politik dan ideologi BN yang memisahkan kedua-duanya. Tetapi, adakah Pakatan Rakyat mempercaya ideologi dan prinsip PAS yang merupakan salah satu anggota dalam PR?; Dalam BN-UMNO pula ada ahli politik yang lebih tipikal dan islamik daripada ahli politik PAS.

Kebelakangan ini, insiden ambil alih kuasa yang berlaku di Perak, pilihan raya kampus di UKM, AGM PERUNDANG dan lain-lain telah mengecewakan saya. Walaupun corak pemikiran rakyat telah berubah, tetapi persekitaran budaya setempat masih rendah, dan ini mengakibatkan kualiti ahli politik yang buruk!

4 comments:

Student Power Think Thank ORG.(Admin) said...

perubahan ini memerlukan masa wahai sahabtku..

semoga usaha kita untuk melihat 'revolusi' ini akan menjadi kejayaan.

Anonymous said...

REFORMASI!

Anonymous said...

bodohla klu bg anwar jd pm, sekongkol dgn kapir..pas kuar pktn cpt!kuburkn dap bangsat cpt!

chriskooi said...

I hope so Deniel