Tuesday, March 24, 2009

where is the justice?

Where's the justice for Altantuya


Sunday, March 22, 2009

Lawatan Ziarah Saudari Farah Suhada Bt Abu Bakar

Menyerahkan bantuan kewangan kepada Saudari Farah Suhada

Pagi hari khamis itu 19hb April 2009, cuaca cerah seperti merestui niat mahasiswa UKM untuk melawat saudari Farah Suhada bt Abu Bakar, pelajar tahun tiga Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam yang menghidapi sakit usus. Rombongan dari UKM diwakili oleh wakil saudari Suriani bt Ding;Naib Presiden III PMUKM, saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud Mahmud MPP Fakulti Pengajian Islam, wakil dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) serta sahabat-sahabat saudari Farah Suhada. Seperti yang dirancang, bas UKM membawa mereka dari foyer FPI dan terus menyusuri jalan ke Melaka pada pukul 10.50 pagi. Saudari Suriani bt Ding tidak dapat hadir untuk ziarah ini kerana terpaksa balik ke Sabah atas hal-hal keluarga dan beliau menghantar wakil beliau iaitu saudari Nurul Jannah Binti Abdullah.

Rombongan mereka sampai ke Hospital Melaka pada pukul 12.30 tengahari.Untuk makluman pembaca, saudari Farah Suhada telah melakukan pembedahan tempoh hari kerana masalah usus. Tetapi, beliau telah dimasukkan semula ke Hospital Melaka kerana berlaku jangkitan kuman. Saudari Farah Suhada juga telah berbincang dengan wakil dari Unit Kebajikan,UKM untuk menangguhkan pengajiannya. Kebetulannya pada hari itu, doktor yang merawat beliau telah membenarkan saudari Farah Suhada pulang ke rumah. Kemudian rombongan bertolak pula ke rumah beliau atas jemputan keluarganya yang mengadakan doa selamat pada hari itu. Kira-kira sejam selepas itu, rombongan mereka tiba di rumah saudari Farah Suhada yang terletak di Merlimau Melaka. Berpeluang juga saudari Nurul Jannah untuk bertemu dengan keluarga beliau serta mengumpul maklumat peribadi beliau bagi tujuan pengisian borang zakat UKM. Rombongan itu kemudiannya bertolak pulang ke UKM dan tiba pada pukul 6 petang.

Apa yang penulis cuba mengarap melalui penulisan ini ialah pihak Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa UKM telah mengetepikan pertelingkahan mereka dan bersatu dalam melakukan kebajikan terhadap mahasiswa. Penulis memuji tindakan professional kedua-kedua MPP ini untuk membantu saudari Farah Suhada dan insiatif mereka untuk mengumpul dana daripada mahasiswa UKM dalam meringankan beban beliau.Penulis berharap semua MPP dalam PMUKM bersatu dalam melakukan kebajikan kepada mahasiswa agar Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi universiti yang terunggul di Malaysia.Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan seorang lagi sahabat kita yang ditimpa musibah. Saya juga berharap semoga saudari Farah Suhada dapat sembuh sepenuhnya. Sekalung tahniah kepada kedua-dua MPP ini kerana telah memulakan anjakan paradima dalam kalangan barisan ahli PMUKM. Teruskan usaha murni ini. Tidak dilupakan juga MPP lain yang turut membantu mengutip derma untuk saudari Farah Suhada. Sekian...

Dipetik dengan kebenaran saudari Nurul Jannah Bt Abdullah, SUK saudari Suriani Bt Ding.