Friday, June 5, 2009

Do I owe you anything, Encik Awang? ( the respons for 'Melayu dikhianati' By Awang Selamat)

I do not know who Awang Selamat is, but he keeps haunting me, claiming that I've owed him something!Other than banks, I don't think I have owed anyone anything.All the things I've had, from the birth certificate when I was born, to the car I bought at the age of 22, and my house at 30... have all been acquired in a clean way, including my self respect.


Moreover, because I do not know Awang Selamat at all, as I said earlier, how could I possibly owe him anything?But in an article entitled The Malays are betrayed published on Utusan Malaysia recently, Awang Selamat said Chinese Malaysians were immigrants, and were indebted to the Malays.I am a Chinese Malaysian, one in the six million. He said the Chinese owed this and owed that, and as a Chinese, I can't help but ask: "What have I owed you?"

Some more, I am not an immigrant. My birth cert and IC, along with all the documents of my assets point to the fact that I am a rightful Malaysian citizen.The Constitution protects my status, my rights as well as my properties. If I've done anything against the laws, I will be bound by the Malaysian laws, like anyone else.Of course, I can say proudly that I have paid my income tax and owes not a cent.

Moreover, I have never betrayed my Malay friends. We treat one another sincerely and fairly.
When my old friend Ghaffar buys me teh tarik, I'll get him nasi lemak in return, even though nasi lemak is twenty cents more expensive than teh tarik.But that's not because I feel I'm indebted to him; neither do I think he's trying to take advantage of me!

Right, Awang said Chinese Malaysians were getting more and more demanding, and racist, after the general elections last March.What demands, or should I say what excessive demands, have the Chinese voiced up?Scholarships? Land titles? Chinese primary schools? Democracy? Equality?

All I know is that these are reasonable requests from each and every citizen. As long as they are eligible, they should possess them.It has nothing to do with race.If we are denied of these things because of skin colour, then we must fight for them. This is not racism either.

Although I have no idea who Awang is, I know he is hiding under the protective net of Utusan Malaysia.He may be an individual, or a group of individuals. And he may have his own hidden agendas for his displeasure with Chinese Malaysians.A lawyer friend told me, it was an act of sedition just to brand ethnic Chinese Malaysians as immigrants, and that the police should probe the incident.

Or perhaps there should be someone making a police report, in particular those who claim they represent the six million Chinese Malaysians. (By TAY TIAN YAN/Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily)

Source: http://www.malaysianbar.org.my/general_opinions/comments/do_i_owe_you_anything_encik_awang_.html

Melayu dikhianati? - Awang Selamat



MEI 31 - Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya.

Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

“Orang Melayu menerusi Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain’’.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

“Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

“Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain? – Mingguan Malaysia

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/28105-melayu-dikhianati-awang-selamat-