Thursday, March 5, 2009

PERUNDANG Vs. Dun Bawah Pokok, atau menunggu superman??




















Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang , UKM, lebih dikenali sebagai PERUNDANG.Sejak akhir-akhir ini, nama ini, pantas disebut dan acap kali diperdebatkan dikalangan ahli-ahli persatuan ini sendiri. Ramai sedia maklum terutamanya pelajar fakulti undang-undang akan 'krisis' yang menimpa dan membelenggu persatuan yang mempunyai sejarah dan nilai tersendiri ini.



Kalau di Perak angin pergolakkan semakin deras dan membinggungkan semua pihak, begitu jugalah PERUNDANG.Rentetan dari AGM, seterusnya kehambaran EGM dan seterusnya tiadanya pencalonan untuk jawatan MT pada sesi pencalonan ke 2 semalam membuatkan suasana begitu meresahkan dan sukar untuk diduga.Kalau di Perak sidang DUN dibawah pokok, tapi bagi PERUNDANG hari ini semua pihak yang terbabit dipanggil 'mengadap sembah' penasihat PERUNDANG.



Bukan tujuan penulis ingin menghurai apa yang berlaku di sebalik semua ini, cuma penulis ingin mengajak pembaca berfikir sebentar akan satu dua perkara asas dalam hal ini. Kita hairan kenapa soal PERUNDANG ini begitu sukar diselesaikan.Walhal hal musababnya hanya hal yang kecil, tapi sudah seumpama barah yang merebak sekarang.Penulis sudah memerhati akan sebab dan rentetan perstiwa ini. Penulis dapat menyimpulkan hal ini berlaku antara sebab utamanya, tiadanya kesefahaman yang utuh di antara ahli Perundang. Ditambah pula persolan emosi yang dibawa bersama dalam soal-soal rasmi.Ini sudah pasti menyebabkan 'watak pelakon' dalam siri drama pemasalahan ini tidk dapat bertindak dan berada dalam situasi yang sepatutnya dan professional.


Ditambah pula anasir-anasir perkauman, tahun pengajian dan isu-isu serpihan turut dilibatkan bersama.Inilah penyebab polemik ini semakin kompleks. Di pihak penulis sudah hampir kering idea dalam mendiplomasikan situasi permasalahan ini. Harapan penulis kepada bijak pandai dan rakan-rakan mahasiswa supaya meletakkan diri dalam suasana ke arah menyelesaikan masalah ini sebaik yang mungkin dan tidak merugikan mana-mana pihak.Sikap mementingkan diri sendiri, lantas menolak kebajikan umum harus diketepikan. Apa yang penting tiada siapa yang silap, cuma mungkin terlepas pandang atau kelekaan di dalam merentasi sempadan penyelesaian masalah ini.


Penulis berharap walau apa jua penyelesaian yang diambil, adalah utama kebajikan mahasiwa dan perpaduan sesama ahli persatuan.Mugkin ada yang tersentuh di hati, terlepas bicara dan tersilap perkiraanya. Namun itu tidak lagi penting, tetapi perubahan ke atas dasar yang lebih baik adalah perlu diutamakan dan mesti dilaksanakan.


Namun akan ada 'superman' yang akan menyelesaikan semua yang terungkai ini?? Kita lihat dan saksikan..


Sunday, March 1, 2009

探望国大车祸伤者诺丽含拉欣


国大代表将所得筹款捐献给伤者诺丽含拉欣(Norihan Rahim)
伤者脚趾被逼动手术切割,导致皮肤受细菌感染
国大代表慰问伤者病情并了解车祸实情

昨日,国大代表们前往国大医院(Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) 探望车祸伤者诺丽含拉欣(Norihan Rahim) 进一步了解车祸实情,也把所得筹款RM765.00捐献于她以作所需费用。

国大代表针对此事将仔细调查, 若发现肇祸者是巴士司机,将会采取进一步的行动。伤者病情已经好转,只是脚趾被逼动手术切割,导致皮肤受细菌感染,必须留院一星期再作检验。

此外,国大代表也十分感谢所有捐献的国大生,并呼吁大家关注此事并注意行驶安全,以免类似的车祸再次发生。