Monday, February 9, 2009

A.KUGAN: ANTARA KEADILAN DAN KUASA

Setelah muncul ibarat badai di lautan ianya kembali tenang. Itulah nasib bagi kes A.Kugan yang telah mati di dalam tahanan polis pada januari 2009.Kes yang pada awalnya mendapat perhatian di media kini kembali senyap tanpa apa-apa perkembangan yang diwar-warkan kepada umum. Kes ini telah mendapat perhatian umum dan menyebabkan beberapa isu mulai timbul. Persoalan utama saya adakah ini kes pertama orang mati sewaktu dalam tahanan polis. Perkara ini sendiri perlu perhatian umum. Mengikut perangkaan yang telah dikeluarkan pada tahun lepas seramai 1535 oarang telah mati dalam tahanan polis dalam tempoh tahun iaitu sejak tahun 2003 hingga tahun 2007. Namun dalam kes Kugan ini keadaan adalah berbeza kerana sekarang ini sedang berlaku gelombang kesedaran yang pesat dikalangan rakyat kita sendiri. Jadi keadaan mungkin berbeza jika kes ini berlaku berberapa tahun dahulu iaitu kes ini mengkin tidak akan diketahui umum kerana sikap rakyat sendiri pada masa itu yang hidup dalam keadaan sambil lewa.


A.Kugan telah ditahan atas alasan siasatan sebagai orang yang disyaki terlibat didalam kes mencuri kenderaan mewah. Namun akhirnya telah ditemui mati sewaktu dalam tahanan polis. Hasil bedah siasat yang awal menunjukkan bahawa Kugan telah mati disebabkan penyakit jangkitan paru-paru berair. Persoalannya bagaimana pula kugan boleh mengalami jangkitan pada paru-paru. Menurut Malaysiakini, pengamal perubatan berkata bahawa kepala Kugan yang ditahan berkaitan kes kecurian kereta mewah mungkin direjam kedalam baldi berisi air seperti seksaan “water boarding totture” seperti yang dilakukan pada tahanan di Guantanamo Bay.Walaupun dakwaan polis bercanggah dengan hipotisis ini, terdapat juga laporan daripada Malaysian Insider yang melaporkan bahawa hasil bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya menunjukkan kecederaan pada bahagian luar tubuh kugan.


Kes ini telah pun diklasifikasikan sebagai kes bunuh oleh peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail. Namun kes ini telahpun menimbulkan semangat inkuiri berkenaan kes ini dikalangan rakyat semakin meningkat.Namun apa yang patut dikesali kini adalah kes ini dijadikan pula sebagai isu perkauman. Saya tidak faham mengapa kematian Kugan ini dikatakan sebagai satu isu perkauman. Malah beberapa kawan saya sendiri telah mengadakan perbincangan mengapa kaum India memandang berat kes ini dan dijadikan sebagai satu kes yang begitu penting. Berkenaan pekara ini saya ingin bertanya mengapa kes kugan hanya perlu dipandang sebagai satu isu kaum India sedangkan sudah dengan jelas lagi dapat dilihat bahawa kes ini merupakan satu isu kemanusiaan. Mengapa masih ada beberapa pihak mulai mengambil kesempatan bagi menjadikan kes ini sebagai satu isu perkauman.


Kesempitan akal sebilangan pihak ini telah menimbulkan kesedihan di hati saya kerana kealpaan mereka untuk melihat kes ini sebagai satu kes yang berkisar mengenai isu kemanusiaan. Begitu juga dengan penyataan Menteri Dalam Negeri, Dato ‘Seri Syed Hamid Albar yang menyatakan bahawa pihaknya tidak mahu rakyat menganggap pihak yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang sebagai syaitan.Saya berasa kesal dengan penyataan yang dikeluarkan oleh wakil yang telah dipilih oleh kita ini. Sebenarnya kugan bukanlah dianggap sebagai wira tetapi dia hanyalah lambang mangsa yang mengalami kezaliman didalam penguatkuasaan yang telah dibiarkan lama bertapak dalam penguatkuasaan undang-undang Negara kita. Apa yang telah terjadi kepada peruntukan undang-undang yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah “innocent until proven guilty”. Jika betullah Kugan bersalah sekalipun adakah hukuman bagi kesalahan mencuri ialah hukuman bunuh. Sedangkan dalam hal ini dia hanyalah ditahan atas alassan syak sahaja. Tetapi untuk kesalahan yang menimbulkan syak itu sendiri telah memberikan hukuman bunuh kepada Kugan. Saya bukanlah menulis posting ini untuk manyebelahi mana-mana pihak dan bersikap diskriminasi pada pihak yang lain. Apa yang telah memanggil saya untuk menulis berkenaan isu ini adalah kerana sifat kemanusiaan semata-mata. Ini adalah pandangan diri saya sendiri.


Di samping itu saya tidaklah menyalahkan pihak berkuasa semata-mata malah saya menyanjung tinggi usaha pihak polis dalam membanteras jenayah bagi memberikan kita kehidupan yang lebih selesa kapada rakyat tetapi apa yang saya kesali ialah dalam perlaksanaan undang-undang itu sendiri telah berlakunya pelanggaran kepada prinsip rule of law dan keadilan dimana isu kemanusiaan mulai tidak lagi mendapat tempat. yang utama Pada pendapat saya prosedur penyiasatan kita haruslah dikaji semula dan pematuhan pada prosedur itu sndiri haruslah dipastikan. Kes ini haruslah diselesaikan secepat mungkin denagn penuh keadilan agar kekotoran pada keadilan itu sendiri dapat dihapuskan dan memartabatkan kembali perundangan Negara kita.

NO MAN IS ABOVE THE LAW






9 comments:

Ahmad Deniel said...

kerajaan yang adil dimanakah kamu?
mengatakan perjuangan semua bangsa?

tetapi hanyalah perjuangan perut kamu..Adakah kaum india hanya berharga ketika PRU? adilah untuk semua..

Dalam islam sendiri,ini sama sekali dilarang dan ditegah..haram mengambil nyawa manusia tanpa Hak..

INilah kerjaan..Say NO to BN!! U are liar

Justice For ALL!! we are Malaysian!!Kalau ini yang dikatakan ketuanan Melayu,iaitu bangsa lain tidak dihormati,aku rasa pemimpin yang melaungkan seperti itu, dicampak sahaja..

Dalam soal ini, ia bukan isu India,tapi isu semua rakyat Malaysia..Bukalah mata org yang ada hati dan fikiran..Hidup ini bukan untuk Melayu, Hidup ini bukan Untuk India, hidup ini Bukan untuk Cina, ttp hidup ini untuk semua yang bernama Manusia..Manusia yang diciptakan TUHAN yang esa.

Anonymous said...

no denial ahmad say..

hhahaha berkecuali ke ko nie??

bukan tuhan tp ALLAH..

ko islam ke?

Ahmad Deniel said...

TUHAN yang esa.. / esa Adalah satu, bagi aku tuhan yang satu Allah..

Any question?

LONE RANGER said...

hmmm kenapa la ramai sangat manusia yang berfikiran sempit sekarang ni.
pesanan daripada aku ni memangkah orang memang la senang tapi pangkah la sebaik mungkin.jangan la buang masa menimbulkan isu yang bukan bukan kat sini. blog ini diwujudkan bertujuan menyampaikan pandangan kami terhadap isu yang timbul dan menyampaikan maklumat kepada pembaca. so could u please support us by giving information that u know so we can exchange it rather than fucking up with people. sorry for my bad word there but be rational man. if u dare just put your true name there. adios

Anonymous said...

well, Kugan's case is slowly getting off-track by the day. what started out as an issue solely related to humanity and the administration of law in our country is fast becoming a racial issue now. it's a pity to watch how the subject of humanity brought about by kugan's death is being hijacked by racial sentiments. this sudden change will somehow defeat the purpose of why certain forward thinking minds actually brought this case to the people's eyes. it's about time the people set all their prejudices aside and view a matter as it is. if it is marked "A" then "A" it is. as for those who find something just as simple as this difficult, try ignorance instead. you could save up some media's space on issues more revelant to kugan's case.

Anonymous said...

ada kebenaran jg pnulisan u ni..mn pgnya keadilan?bknkah kt ada undang2..dgn hanya dsyaki je dah kena dera smpai mati..siapalah mereka 2 nak hukum mangsa mcm 2? even lps kes ni diklasifikasikan kes bunuh ttp polis yg terlibat msh bertugas..bknkah mereka yg terlbt ptt diperhentikan sementara waktu?? adakah polis and the gang dikecualikan drpd undng2?? bull shit....apa bezanya polis yg terlbt dgn AS dan sekutunya??pergilah join mereka..lg banyak manusia dpt dibunuh...manusia hdp 100 thn je...sbrlah manusia2 yg teraniaya...

Anonymous said...

lor..de je kes melayu mati dlm tahanan.ada ke melayu buat demostrasi?sume tu saja je kaum india nak pressure gov. Org melayu pon xsedar diri. Ni ha, kes org cina ketuk ketampi dlm jail. Terkedek2 pemimpin2 cina minta maap kat kerajaan China, terpekik terlolong camni kah gov..tup2 org tu org melayu. ada korang nak bising macam kaum2 ni ke? Org Melayu tu lemah..Geng India saja nak cetuskan huru hara..Ingat, sini bukan India tau utk korang wat suka2 hati jer..MELAYU BANGUN!

Anonymous said...

wahai keramat yg bangang kan dah ditulis oleh penulis kat situ tengok isu ni sebagaaaaaaaaai isu kemanusiaan.sebab bangang macam ko lah erpaduan tak dapat dicapai lagi. kalau setiap kaum ada sekor macam kau hancurlah malaysia ni. dah jangan lah ko nak tabur lagi racun kat hati org yg dah sedar ni.

Anonymous said...

kalau betul isu kemanusiaan, kenapa bila melayu mati dlam penjara anda diamakan diri?kita pengecut ke?