Thursday, March 5, 2009

PERUNDANG Vs. Dun Bawah Pokok, atau menunggu superman??




















Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang , UKM, lebih dikenali sebagai PERUNDANG.Sejak akhir-akhir ini, nama ini, pantas disebut dan acap kali diperdebatkan dikalangan ahli-ahli persatuan ini sendiri. Ramai sedia maklum terutamanya pelajar fakulti undang-undang akan 'krisis' yang menimpa dan membelenggu persatuan yang mempunyai sejarah dan nilai tersendiri ini.



Kalau di Perak angin pergolakkan semakin deras dan membinggungkan semua pihak, begitu jugalah PERUNDANG.Rentetan dari AGM, seterusnya kehambaran EGM dan seterusnya tiadanya pencalonan untuk jawatan MT pada sesi pencalonan ke 2 semalam membuatkan suasana begitu meresahkan dan sukar untuk diduga.Kalau di Perak sidang DUN dibawah pokok, tapi bagi PERUNDANG hari ini semua pihak yang terbabit dipanggil 'mengadap sembah' penasihat PERUNDANG.



Bukan tujuan penulis ingin menghurai apa yang berlaku di sebalik semua ini, cuma penulis ingin mengajak pembaca berfikir sebentar akan satu dua perkara asas dalam hal ini. Kita hairan kenapa soal PERUNDANG ini begitu sukar diselesaikan.Walhal hal musababnya hanya hal yang kecil, tapi sudah seumpama barah yang merebak sekarang.Penulis sudah memerhati akan sebab dan rentetan perstiwa ini. Penulis dapat menyimpulkan hal ini berlaku antara sebab utamanya, tiadanya kesefahaman yang utuh di antara ahli Perundang. Ditambah pula persolan emosi yang dibawa bersama dalam soal-soal rasmi.Ini sudah pasti menyebabkan 'watak pelakon' dalam siri drama pemasalahan ini tidk dapat bertindak dan berada dalam situasi yang sepatutnya dan professional.


Ditambah pula anasir-anasir perkauman, tahun pengajian dan isu-isu serpihan turut dilibatkan bersama.Inilah penyebab polemik ini semakin kompleks. Di pihak penulis sudah hampir kering idea dalam mendiplomasikan situasi permasalahan ini. Harapan penulis kepada bijak pandai dan rakan-rakan mahasiswa supaya meletakkan diri dalam suasana ke arah menyelesaikan masalah ini sebaik yang mungkin dan tidak merugikan mana-mana pihak.Sikap mementingkan diri sendiri, lantas menolak kebajikan umum harus diketepikan. Apa yang penting tiada siapa yang silap, cuma mungkin terlepas pandang atau kelekaan di dalam merentasi sempadan penyelesaian masalah ini.


Penulis berharap walau apa jua penyelesaian yang diambil, adalah utama kebajikan mahasiwa dan perpaduan sesama ahli persatuan.Mugkin ada yang tersentuh di hati, terlepas bicara dan tersilap perkiraanya. Namun itu tidak lagi penting, tetapi perubahan ke atas dasar yang lebih baik adalah perlu diutamakan dan mesti dilaksanakan.


Namun akan ada 'superman' yang akan menyelesaikan semua yang terungkai ini?? Kita lihat dan saksikan..


24 comments:

Anonymous said...

Memang benar PERUNDANG tahun ini ada krisis kepimpinan. Dekan telah campur tangan dengan memanggil semua pihak yang berkepentingan. Hasilnya cukup mengejutkan saya. Dekan telah memulihkan barisan kepimpinan tahun 2 pada pilihan raya kali pertama. Yakni, Presiden baru PERUNDANG ialah Syiimir. Saya nak analisis sedikit dan minta komen rakan-rakan.

1. Campur tangan pengurusan fakulti telah membatalkan ketetapan usul pengundian semula pada masa AGM dan ini sekaligus menafikan keputusan sidang dewan. AGM telah menetapkan agar pencalonan dan pengundian semula dijalankan. Sia-sia sahaja pelajar fuu menghadiri AGM malam itu sampai awal pagi dan kini kemahuan mereka telah dinafikan oleh pengurusan fakulti.

2. Tahun 2 sekarang ini seolah-olah berjaya memaksa semua pihak 1st year, 3rd year, 4th year, PERUNDANG lama dan Dekan untuk mengalah kepada mereka. Kita seolah-olah perlu 'merayu' kepada 2nd year untuk memegang jawatan PERUNDANG. Seolah-olah tanpa tahun 2, PERUNDANG akan terkubur.

3. Tindakan Tahun 2 yang keluar masa pertengahan AGM itu yang asalnya dikutuk sebagai kurang ajar dan emotional kini telah diiktiraf oleh pengurusan fakuti sebagai 'non-issue' dan dilupakan sahaja.

4. Sepanjang pengalaman saya berorganisasi di UKM ini, PERUNDANG adalah unik kerana mengamalkan sistem pilihan raya oleh pelajar untuk menentukan penjawat jawatan. Cara ini meningkatkan kewibawaan calon yang menang kerana mendapat mandat seluruh fuu. Dengan memulihkan barisan kepimpanan tahun 2 yang asal, PERUNDANG bukan lagi dipilih oleh pelajar tetapi oleh pengurusan fakulti. Konsep kepimpinan melalui pengundian kertas undi oleh pelajar telah dinafikan.

5. Ketetapan EGM yang meminda perlembagaan dan menjadikan jawatan timbalan exco khas untuk tahun 1 sahaja tidak lagi terpakai. Ini kerana tahun 2 yang menang timbalan exco hari itu akan terus memegang jawatan tersebut. 7 orang tahun 1 yang menang tanpa bertanding telah dinafikan hak untuk berkhidmat kepada fuu dan terpaksa memberi laluan kepada tahun 2.

6. Dengan tahun 1, 3 dan 4 yang kurang senang dengan sikap tahun 2sekarang ini, aktiviti PERUNDANG tahun ini pasti akan mendapat sambutan yang tidak menggalakan daripada pelajar. Memang wujud sentimen 'boikot' terhadap tahun 2 dan juga PERUNDANG yang dipimpinnya.

7. Saya masih ingat masa tahun 2 keluar pada pertengahan AGM, Syiimir dengan jelas menyatakan bahawa rakan-rakannya yang menang kali pertama itu tidak akan bertanding jika pemilihan kali kedua dijalankan. Memang tiada pemilihan kali kedua tahun ini kerana sudah diselesaikan oleh dekan dengan memulihkan kepimpinan yang menang kali pertama. Adakah tahun 2 masih ada muka dan maruah untuk memimpin PERUNDANG setelah meluahkan kata-kata yang biadap dan keluar ketika AGM tempoh hari? Tidakkah mereka bercadang untuk meminta maaf secara terbuka kepada tahun 1, 3, 4 dan juga tahun 2 mereka sendiri? Kita boleh 'forgive but will never forget' tindakan tahun 2.

Kesimpulannya, keputusan pengurusan fakulti ini memang menyelesaikan krisis buat sementara waktu. Tetapi ia akan melahirkan lebih banyak krisis yang berlanjutan kelak. TQ.

Anonymous said...

nampknay superman yang dimaksudkan oleh penulis ini, telah muncul dan menjelma iaitu dekan fuu.

kamu benar wahai penulis, superman telah muncul !! akakaaaaakaka

Anonymous said...

Pergh!!!

weh korang yg 1st,3rd,4rd year...gigit jarilaa.2nd year prevail all of us!
ego mereka diiktiraf Superman!
aku nk tengok cmne PERUNDANG ni nk HIDUP
AGM tahun depan siapla..
Carl Gustav Anti Tank aku LOCKED AND LOADED!

chriskooi said...

Bro, superman itu student sendiri larr. Jangan lupa superman pakai seluar dalam kat luar, kalau seluar dalam pakai kat dalam, takde org taw kan? tapi kalau pakai kat luar, org akan taw. Pendedahan kelemahan akan menimbulkan kontroversi. dan kontroversi nielah adalah PERLU untuk memajukan lagi persatuan.

Anonymous said...

yeah....superman muncul....
(yg jarang2 amik tau sgt hal perundang)
rasanyer ni 1st time superman masuk campur.sgt memalukan buat semua pelajar undang2 yg konon2 berintelektual dan tahap profesional yg tinggi kononya, coz xdpt nk selesaikan masalah ni dgn cara sendiri.
ape yang penulis dpt lihat,masalah ini berlanjutan kerana masing2 sgt mementingkan ego n maruah diri(konon2nya tinggi sgt) sehingga menyusahkan orang disekeliling. memang benar,seorang pemimpin memerlukan 'sedikit ego' tp kdg2 ego tersebut perlu diketepikan demi kebaikan semua. bila masing2 cuba nk tunjuk mereka BENAR, mula lah mengangkat keegoan masing2(ditmbah emosi plak) maka akan bemulalah krisis berpanjangan.
dan nk selesikannya mudah saja...
satu pihak kena mengalah....dan perlu diingatkan MENGALAH BUKAN KALAH. bila kita mengalah untuk meyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan yg lain, kitalah HERO sebenar.
Pihak yg menang itulah sebenar yang kalah...kalah dlm menghayati sifat pemimpin yang sebenar....
sekian...dr aku yg suka menyibuk (",)

Anonymous said...

Memang betul, Superman yang bernama Prof Dr. Kamal Halili Hasan telah muncul dan membuat keputusan yang saya kira tidak popular di pihak tahun 1, 3, 4 dan sebilangan tahun 2 itu sendiri. Blog ini namanya For Student Power. Maksudnya masalah pelajar diselesaikan oleh pelajar itu sendiri dan bukannya oleh Superman Dekan. Sebab itu amalan PERUNDANG selama ini adalah memilih pemimpin melalui kertas undi. Dekan tidak berhak menentukan kepimpinan PERUNDANG. Dekan hanya sekadar diberitahu siapa penjawat jawatan selepas pilihan raya. Dekan sekadar 'being informed' dan bukannya 'decision maker'. Kita bukan macam JAKSA yang mana ia ditentukan oleh Pengetua kolej. Masalah yang saya lihat bukan terhad kepada kepimpinan PERUNDANG sekarang yang diterajui oleh barisan yang menang pada pilihan raya pertama yang sudah ditolak oleh sidang AGM, tetapi yang lebih penting ialah campur tangan Superman Dekan dalam hal-ehwal kepimpinan PERUNDANG. Student Power semakin terhakis. Keputusan sidang AGM dan EGM sudah tidak terpakai lagi. Keputusan seorang Superman Dekan telah 'overrule' kehendak ratusan pelajar FUU. Memanglah, dah Dekan ini Superman!!!

Anonymous said...

JOM BOIKOT DINNER 2ND YEAAR

HYR by Farahlynn said...

WAHAI WARGA FUU SKALIAN...LIHAT, BCA N PERTIMBANGKAN....

HARI NI AKU RSA BEBAS UTK BG PNDAPT,DLU AKU XNK BCAKAP ATAS STAND PERUNDANG SBB XNK BURUK KN NMA PERUNDANG....kali ni aku nk jelaskan pndangn aku ttg pe yg jd..sblm ni aku biarkn jer,DIAM MELIHAN TNDAKAN ORG LEN,TP NAMA AKU KNA PALIT GK,cilaka!!!..XPER SABAR beb, KRNA allah bersma org2 yg sabar!!!
Sabar...sabar...sabar...

1st TAHNIAH KEPADA SEMUA 'PEMENANG2' JAWATAN EXCO PERUNDANG TERMASUK MT KRNA BRJAYA MENDAPATKAN JAWATAN SEMULA...

SMBLM COMMENT AKU NK CITA CKIT KRONOLOGI KRISIS PERUNDANG DR MULA....

1) SMSA KUAR NOTIS UTK PNCALONAN 1st XDA MSLH YG TMBUL..

2) TP BILA TIME PENAMAAN (27HB XSLH) DLM KLAS 2nd YER TU START TMBUL ISU..BDK2 2nd YER HUJAH diorang layak utk btanding jawatan timb exco JGK MERUJUK KPD PERLMBAGAAN..,sakit ati bila da mber ckp spr kna hentam,PASTU AKU TROS MSK DLM KLAS 2nd yer..AKU DTG LEWAT CKIT TIME PENAMAAN TU SBB XDIMAKLUMKAN PERTUKARAN TARIKH OLEH spr.TP XPE KUL 10 TU AKU SAMPAI DLM KUL 1010pg SBB AKU DA KLAS CMPANY...AKU BIARKN spr YG URUSKAN PERJALANN SBB PERUNDANG n spr ADALAH BBEZA!!!SO,AKU XNK MSK CMPUR,...XDA KUASA..TGK JER
tgk...tgk..tgk..

SBLM PENAMAAN DJLN KN..
LINGS,ADA BJMPA AKU TYA,CAMNA UTK PENCALONAN??AKU CKP EXCO n MT utk 2nd YER n TIMB utk 1sT YER SHJ, INI AKU RUJUK PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN N KPUTUSAN egm TAUN LPS,mmg cmtu iDEA ABG taufik,faidin,kak mona n kak ElinA..SO,DIA BUAT KPUTUSAN UTK ADAKN PNCALONAN PADA MSA BBEZA(lps klas korg)UTK MEMUDAHKN 1st n 2nd YER,spr PLAK yg masuk CARI CALON,FAHAM X??? NI SUMA NK MUDAHKAN SEMUA PIHAK,XPELU DTG2 n NK KMPUL SKALI..SBB spr FAHAM MEMUDAHKN U'ALL TAUN 1n2..PASTU KORG HENTAM DIA....
XPATOT!!!!........xpatot..

3) TMBAH LG,TAUN NI spr DGN KUASA BIDI BICARA DIA....MENGUBAH KEBIASAAN KOUTA CALON DR 2 ORG KPD XDA HAD...DLU WAJIB 2 ORG(XDER YG MNG TMPA BTANDING)MSA TAUN KTORG DLU kak ELINA SURUH LETAK CALON JGK,even,da bsetuju NK BG PONNU MNG PERCUMA...BG AKU,TERIMA JER KPTUSAN TU SSB MMG KUASA spr TUK BWT..
YG SEDIHNYER...DA YG XPUAS ATI NGN KPUTUSAN spr NI....xPATOT!!!!!!

*tp xpe,biasa lar da pndapat bbeza antara kita..LAYAN JER...

4) PENCALONAN DJLN KN DGN DIMULAI JWATAN EXCO...TERUS SMPAI JWATAN PRESIDEN....DA BBERAPA KERUSI XDPERTANDINGKAN,AKU XTAU SBB APA???TP AKU TERIMA,ni la nma nya demokrasi....AKU FIKIR,MUNGKIN SUMA 2nd YER DAH BSETUJU MCM TU...BGUS AKU CKP,SBB 2nd BERSATU!!! TAHNIAH...

TP AKU MUSKIL CKIT SBB,JELAS NMPAK KAUM AKU XBRAPA MENYOKONG PENCALONAN KAUM LAIN..XTAU SBB PA..n XTAU CMNER PERCATURAN DIORG!!! SBB AKU CKP CMNI = BILA NK CR PENYOKONG 1n2 BG PENCALONAN kaum lain, SUMA MELAYU PANDANG2 DLU NK SOKONG r X...pelik!!!

HARI SBLUM TU,AKU DA JMPA SHIMIRR NASIHATKN DIA BUAT PEMBAHAGIAN ELOK2,JGN SMPAI TMBUL XPUAS ATI NT,MAKSUD AKU PMBAHAGIAN KOMPOSISI KAUM KERUSI DLM PERUNDANG LA..DIA CKP OK..MGKIN DIA DH JELAS SBB XDA TYA BYK @ JMPUT AKU UTK SESI PJMPAAN KE PE KE...SKALI LG AKU CONFIUS..DIA ADA BNCANG X DLM KLAS NI...


**utk cerita selanjutnya tgu..episod akan dtg..

kah...kah..kah
kah...kah..kah....

Anonymous said...

Jarang-jarang Ibrahim bagi komen di blog. Mungkin sebab sudah bersara dari jawatan Presiden. Maka terpanggil untuk bagi komen. Semua orang ada hak untuk bersuara. Hak anda itu saya pertahankan. Bak kata pepatah 'I disagree with what you say, but I will defend till my death your right to say it'. Oleh itu, saya harap rakan-rakan yang lain juga akan setuju dengan pepatah itu. 'We are allowed to agree to disagree'.

Berkaitan PERUNDANG sesi ini, saya memang hampa melihat komposisi kaum. Tidak mencerminkan komposisi pelajar FUU langsung. Saya sudah melihat 4 sesi PERUNDANG bermula dari kepimpinan Abang Taufik, rakan saya Hazwan Shafie dan junior saya Ibrahim. Ketiga-tiga batch ada komposisi kaum yang seimbang. Kalau tak silap saya, Abang Taufik ada 4 Melayu dan 8 bukan Malayu. Hazwan ada 6 Melayu dan 6 bukan Melayu. Ibrahim ada 8 Melayu dan 4 bukan Melayu. Sekarang Syiimir ada 17 Melayu dan 2 bukan Melayu. Berdasarkan statistik ini, jelas bahawa keseimbangan perwakilan kaum dalam PERUNDANG sudah semakin tahun semakin terjejas. Perwakilan kaum bukan Melayu semakin kurang dan mencapai klimaks pada tahun ini.

Saya melihat setiap kali ada pilihan raya PERUNDANG, batch tahun 2 yang bertanding seolah-olah ada suatu kefahaman di kalangan mereka bahawa komposisi perwakilan kaum perlu diseimbangkan demi menjaga keharmonian semua kaum. Tetapi amat jelas PERUNDANG sekarang di bawah pimpinan Syiimir gagal menjaga 'kontrak sosial' yang wujud di FUU ini. Saya ingin tekankan bahawa pemimpin yang baik bukan sekadar pandai menjaga sekelompok orang sahaja tetapi juga menjaga semua orang yang mengundi anda itu.

Apa yang terjadi sudah pun terjadi dan dimuktamadkan oleh Superman Dekan. Saya ingin meminta Syiimir dan barisan Exco PERUNDANG agar tidak tertumpu kepada rakan-rakan Melayu sahaja tetapi silalah jaga juga kebajikan pelajar bukan Melayu di FUU kita yang berbilang bangsa ini. Terima kasih.

Anonymous said...

thn 2 x tau malu! hari tu masa agm bukan main biadap keluar ngan ugutan yg mereka x akan tanding jika ada undian baru. skrg mereka rampas perundang dgn boikot dan ugutan. sampai dekan pun masuk perangkap mereka. memang keji. nak conquer perundang tapi takut nak tanding kali kedua. kalau betul2 ada confident dan kaliber, tanding 10 kali pun korang menang. apa nak takut dan boikot? skrg ni korang rampas perundang tanpa pilihan raya. korang nafi hak pelajar2 fuu utk pilih pemimpin dlm perundang. korang tak diiktiraf dan tidak sah! pembohong pulak tu! nak guna short cut je utk masuk perundang. nak sampai dekan rayu baru korang sanggup masuk balik. kita sama2 boikot perundang tahun ini. kita boikot dinner mereka. berani guna nama perundang utk anjur dinner tapi sanggup boikot perundang dan x sanggup tanding kali kedua. mmg tak tau malu thn 2 ni. tak ade integriti dan maruah langsung!!!

Anonymous said...

Salam,

Mmm..agak pansa isu ini. Pada saya ada wajarnya kita memerlukan pihak ketiga dalam selesaikan masalah ini. Lagipun kita tahu bahawa dekan dan timb dekan adalah penasihat PERUNDANG. Penasihat PERUNDANG bukannya pelajar. Maka, adalah satu tindakan yang wajar memberi keputusan oleh orang yang layak. Sebelum EGM telah dibuat perjumpaan antara tahun. Saya tidak tahu tahun mana yg tidak hadir. Tetapi tahun 2 juga tidak hadir. Saya merasakan mereka juga sedar akan keadaan terhimpit. Jika mereka datang ke perjumpaan itu tanpa adanya pihak ketiga yang berkecuali, mereka akan ditindas. Sebab itulah, mereka hadir ke perjumpaan bersama dekan kerana adanya kuasa ketiga yang tidak menyebelahi sesiapa. Anda faham kan maksud saya? Bagi saya bertambahlah sengketa jika mereka hadir ke perjumpaan yang tiada pihak berkecuali kerana semua orang akan cuba menunjukkan ego, saling mengata. Perkara ini akan berlarutan. Apa yang saya tahu, EGM juga tidak dihadiri oleh rakan2 dari 4th year yg mempertikai perlantikan mereka di malam AGM. Maka disini kita dapat lihat mereka mempunyai motif tersendiri. Anda faham? Lagi bertambah pelik, saya melihat sendiri pelajar tahun 2 seperti Koh Beng, Leng Hong beriya2 mahukan reelection tetapi pada penamaan calon hanya Leng Hong yg ada. Tetapi pelajar lain tiada. Sya bertanya kpd pelajar tahun 2 kenapa tidak hadir ke penamaan calon? Mereka menyatakan bahawa tindakan mereka sebenarnya adalah dr dorongan hati sendiri yg tidak mahu bertanding semula (terutama line up pertama) Mereka menganggap bahawa rakan2 mereka yg lain akan menghadiri pencalonan kedua. Maka disini, kesimpulannay line up pertama memberi peluang kepada rakan2 yang lain supaya bertanding tetapi mereka tidak berbuat sedemikian. Line up pertama dihentam dan diterajang kerana tidak hadir ke penamaan calon kedua. Mereka sudah pon menunjukkan minat utk menjadi wakil PERUNDANG tetapi pada malam AGM, kedudukan mereka dipertikaikan dari awal hingga akhir. Tiada sebab dalam mengatakan 2nd year menjadi raja di FUU kerana ini bukan pilihan mereka. Mereka juga tidak menyangka keputusan sedemikian. Saya juda menganggap dekan akan menyuruh mereka utk bertanding semula. Jika tidak line up pertama, rakan2 yg lain akan bertanding. Mereka menerima keputusan dengan rasa bersalah kerana mereka juga sedar pihak lain tidak akan senang hati tetapi demi persatuan mereka turutkan juga. Dalam perjumpaan itu, saya mendengar bahawa 2nd year tidak mahu jawatan 1st year dibatalkan. Mereka menerima 1st year dengan hati yg terbuka krn mereka telah dilantik tanpa bertanding. 2nd year tidaklah terlalu kejam hingga mahu mengetepikan 1st year. Disini, 2bd year masih mempunyai sifat mengalah dan menghormati pelajar2 lain. Dan ada juga komen2 menyatakan 2nd year memusuhi semua orang di FUU sedangkan mereka menerima 1st year dalam jawatan PERUNDANG. Lagi sekali saya nyatakan, kita sebagai pelajar tidak boleh mengutuk dekan atau timb dekan. Mereka ibarat ayah kita. Mereka cuba mendidik kita. Kalau kita sendiri tidak boleh membuat penyelesaian, ayah akan campur tangan. Sesungguhnya, guru@pendidik perlu dihormati. Memanga akan ada pihak yg tidak puas hati tetapi inilah namanya penyelesaian, keputusan yg dibuat oleh penasihat. Tiada siapa yg jadi superman. Tiada spiderman. Kita semua bersalah. Masing2 ego yg tersendiri. Tidak kira dari tahun mana pun anda. 2nd year juga pernah datang dinner tahun lepas setelah dirayu oleh batch Baim dan berjanji akan hadir ke dinner 2nd year. Mereka mengotakan janji mereka. Dan mereka pon berharap Baim juga akan melaksanakan janji. 2nd year juga memberi peluang kepada 1st year utk menggerakkan tabung gaza mereka pada malam dinner. Secara tidak lgsung, mereka dah cuba berbaik2 dengan semua tahun. Kamu semua perlu meletakkan diri kamu dalam situasi mereka.Bukannya hanya meletakkan ego kamu di depan. Saya juga mendoakan PERUNDANG yang baru ini akan melaksanakan program mereka dengan jayanya.Ha...seperkara lagi, ada juga yg persoalkan banner mereka yg guna PERUNDANG sebagai anjuran. Kenapa ini perlu dijadikan isu utk memecahbelahkan mereka dengan kita? PERUNDANG juga terlibat dalam surat menyurat. Dekan juga mahukan surat digunapakai letter head PERUNDANG. Maka, mereka meletakkan PERUNDANG sebagai penganjur pertama. Jika betul mereka ingin memusuhi PERUNDANG, mereka sesekali akan tidak guna letter head dan letakkan penganjur PERUNDANG di banner mereka.Sekian...

kratos said...

Why are you wasting your time complaining out here?? Go out there and show your dissatifications. if you really dont agree with what the 2nd year have done, just boycott all the activities organised by perundang. like i said majority of the 3rd year students are not satisfied with what has happened, so i suggest that u guys avoid going for the dinner, u dun need to show that you dun hav any grudges against them. save the RM65 for a better purpose. are you really sure RM65 is really worth it??do any of u know the cost of the whole 'bloody' thing?? i wont be surprised if after the dinner, shimmir's bank account might grow fatter. And to all FUU students, one way to bring these 'kamal halili ass licking 2nd year students' down to sewers is by pressuring them. question them for whatever u guys are not satisfied with. for example the toilet in the library. ask them to repair it as fast as possible. if they dont get it done it time, u giv them some nice scolding. or ask them to conduct their 'investment activities in the particular toilet which needs repaired'.maybe then, they will realised it.

Anonymous said...

bangangla ko kratos..hormat sama org lain..tiap agama dah ajar hormat org lain..jgn serlahkan kebiadapan anda..tak kisahla dia lecturer atau cleaner, klu nama pon dah tua dr kita,hormat!!mak bapak ko xajar ke?benda basic pon xkn nk kena ajar!klu ko xpuas hati,pergi jumpa dekan yg ko xpuas hati..bodoh

Anonymous said...

HORMAT HORMAT, KITA TAK HORMAT ORANG TUA YANG TAK ADIL MACAM SULTAN!!

Anonymous said...

apsal pulak sultan nih?ha3...
ko nak sapa lagi selesaikan benda nih..tula..bila benda yg nak dah xdapat,hilang rasa hormat..apa da..padahal perundang lama yg nak bawa perkara nih kpd dekan mungkin krn yakin dekan akan soh 2nd year bertanding..tp dah jadi camni..korang kecoh2 lak..gtau ak apa yg xadilnya?benda dah bincang baik2 kan, dah bw kpd org yg berkuasa, dah setel cara aman..behtu yg dok ada xpuas ati apsal?enjoy life la..byk lg benda leh wat..naikkan pointer ka..pinjam buku ka..sayangnya..kalu betul xhormat pegila mengadap dia..cakap xpuas ati..dok pi cakap kt blog makcik hg pon boleh..

Anonymous said...

Kami di sini meminta SPR yang diketuai oleh Lingswaran untuk meneruskan AGM pada:

Tarikh: RABU(11/3/09)
Masa : 8.00pm
Tempat: DK1 FUU

Kehadiran semua pelajar FUU yang tidak puas hati dengan keputusan DEKAN.

Kami membuat pencalonan antara 1st year, 2nd year yang tak puas hati, 3 rd year dan 4th year.

Dan Kami mansuhkan Perlembagaan Persatuan. BIARLAH KITA BERDEMOKRASI!

Pada hari Isnin, Satu notis akan dikeluarkan untuk AGM

STUDENT POWER!

Anonymous said...

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian.

Kita sedia maklum tujuan penubuhan PERUNDANG adalah untuk menjaga kebajikan pelajar FUU. Krisis PERUNDANG yang telah berlanjutan untuk beberapa minggu telah menyebabkan barisan kepimpinan yang baru ini kekurangan masa untuk melaksanakan program. Ini sedikit sebanyak membantutkan perjalanan PERUNDANG sesi ini. Prof Dekan dalam membuat keputusan bagi mengekalkan barisan pilihan raya yang pertama memberi sebab bahawa secara konvensyen, pelajar tahun 2 yang diberi peluang menerajui PERUNDANG. Adalah amat sayang jika tahun ini PERUNDANG tergantung tanpa sebarang aktiviti dan ketiadaan wakil dalam mesyuarat pengurusan fakulti. Berdasarkan kepentingan 400 lebih pelajar di FUU, Prof Dekan tidak ingin mengadakan pilihan raya yang baru sekaligus memanjangkan krisis ini. Sebenarnya, saya sendiri ada memberi komen pada mesyuarat tempoh hari berkaitan kelemahan mengekalkan barisan kepimpinan pilihan raya yang pertama.

Antara alasan yang saya kemukakan ialah ketetapan pada AGM dan EGM yang telah dilangsungkan terpaksa diketepikan dan mengecewakan pelajar-pelajar yang menghadiri AGM tersebut. Selain itu, konvensyen PERUNDANG ialah setiap jawatan dipertandingkan untuk mendapat mandat pelajar FUU. Tetapi saya berfikir semula dan membuat timbang tara keputusan Prof Dekan dari sudut kebaikan dan keburukan. Saya akhirnya setuju dengan Prof Dekan. PERUNDANG tidak boleh tergantung begitu sahaja. Kita tidak harus prejudis terhadap kebolehan pimpinan tahun 2.

Setahu saya, mereka berjaya membuat program Musical Theatre dan baju batch mereka sendiri yang saya lihat tidak pernah dibuat oleh mana-mana batch. Malahan semasa saya menjadi Class Representative, saya juga tidak berjaya menggerakkan rakan-rakan setahun saya untuk membuat program ataupun baju batch saya sendiri. Oleh itu, saya sedikit-sebanyak mengkagumi tahun 2 sebenarnya.

Masih ada masa 1 tahun sebelum AGM yang akan datang. Saya minta rakan-rakan beri masa kepada tahun 2 untuk buktikan kebolehan dan kepimpinan mereka dalam tempoh satu tahun ini. Jika mereka tidak berjaya, kita masih ada forum untuk menegur mereka melalui AGM akan datang.

Saya dengan rendah diri memohon rakan-rakan untuk melepaskan segala buruk sangka terhadap PERUNDANG sesi ini. Beri mereka masa untuk berkhidmat. Tak usah kita nak bangkitkan sentimen boikot dinner mereka atau mana-mana program PERUNDANG.

Saya selaku MPP FUU berharap dapat bekerjasama dengan barisan PERUNDANG tahun 2 dalam menyelesaikan masalah kebajikan pelajar di FUU ini.

Sekian, terima kasih.

PHOON KAR LIANG
MPP FUU
PMUKM Sesi 2008/2009

Anonymous said...

Seperkara lagi. Saya ingin meminta rakan-rakan yang memberi komen dalam blog PERUNDANG dan Student Power agar menggunakan nama sendiri. Elakkan menggunakan nama orang lain atau anonymous kerana ini adalah tidak beretika. Kalau sanggup nak komen atau kritik, kena berani guna nama sendiri. Barulah ada integriti dan orang akan baca dengan teliti dan respon secara konstruktif apa yang anda tulis. Jom guna nama sebenar dalam ruangan komen blog.

Sekian, terima kasih.

PHOON KAR LIANG
MPP FUU
PMUKM Sesi 2008/2009

Anonymous said...

Berpura-pura lak phoon ni

Student Power Think Thank ORG.(Admin) said...

For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power, For Student Power,

Anonymous said...

Pergi mampos Phoon. Dia ni takde stand yang kukuh. Biarkan mahasiswa FUU berdemokrasi.

Jangan biarkan pelajar tahun 2 terus pijak kepala adik2 dan senior. Aku nanti-nantikan kemunculan orang macama Dato' Ahmad Said, menteri Besar Terengganu. Berani kerana maruah walaupun dibenci oleh orang ramai.

Kepada Phoon, jangan jadi pencatur demokrasi kami. Anda tak layak jadi pemimpin kami andai terus bermain dengan autokrasi.

Anonymous said...

Kepada Anonymous di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang ketidakpuasan, sila nyatakan kepada saya secara terus-terang. Anda boleh berjumpa dengan saya. Saya sedia mendengar dan meneliti kelemahan saya sendiri. Kenyataan bahawa saya bersifat autokratik perlu disertai dengan bukti. Jika tidak ia hanya tuduhan semata-mata. Selain itu, saya juga meminta anda untuk menyatakan nama sebenar dalam ruangan ini. Anda memberi contoh Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang berani tetapi saya nak tanya di manakah keberanian anda itu? Anda seolah-olah melemparkan batu kepada saya dan segera menyembunyikan diri. Kita hanya saling balas-membalas respon dalam ruangan ini tetapi masalah tidak akan selesai kerana masing-masing enggan menunjukkan identiti. Semua sekadar menghentam orang lain. Kita perlu menggunakan blog dengan beretika. Sekali lagi saya menyeru rakan-rakan untuk menggunakan nama sebenar dalam ruangan ini.

Sekian, terima kasih.

PHOON KAR LIANG
MPP FUU
PMUKM Sesi 2008/2009

Anonymous said...

Salam,

Sampai bila kita nak bergaduh? Saya ingin membangkitkan soal yg mana PERUNDANG sesi lepas yg membawa perkara ini kepada dekan. Hal ini krn mereka terlalu yakin bahawa dekan akan mengarahkan pelajar tahun 2 supaya bertanding semula. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku malah dekan mengsahkan pencalonan pertama memegang PERUNDANG. Bagaimana orang yg cuba mendapatkan keadilan dari pihak ketiga tetapi tidak menyebelahi mereka terus dihentam dekan? kalaulah anda jadi lawyer pun, kalau hakim tidak menyebelahi anda, adakah anda akan menghentam hakim tersebut? malah pada hari itu, dekan sudah bertanya kpd semua pihak adakah puas dengan keputusan tersebut, semua dah membentangkan isu masing2. Dah dibawa berbincang bersama. Maka, dah perkara ini diselesaikan. Kenapa perlu ini harus dibangkitkan semula? Kita jgn dengar orang2 yg bising mengajak kita supaya biadab dengan lecturer, sedarlah kita sapa di fuu. Belaja pun tak abeh lg ada hati nak ajar lecturer. Bukan sj lecturer nak ajar dekan pulak supaya ikot telujuk perut mereka baru mereka nak hormat. Apa punya jenis manusia.

Terima kasih

chriskooi said...

My brother and my sister in FUU. :)