Wednesday, January 21, 2009

PRK, kita mula bangun dari Tidur

Salam & sejahtera untuk semua.

Agak lama penulis tidak dapat menulis di blog ini. Kesuntukkan masa sejak dari pilihanraya kampus(PRK) disambung dengan kerja persatuan membuatkan penulis hanya sekadar dapat menjenguk blog ini.Penulis sendiri baru pulang dari pejabat PM, di putrajaya bagi menghantarkan petisyen Berkenaan isu Palestin dari warga fakulti Undang2 kpd PM.

Mengenai PRK, menulis terlibat di dalam gerak kerja secra khusus bagi kerusi fakulti undang-undang. Penulis diberi amanah untuk mengetuai kempen dan gerak kerja kempen bagi fakulti ini.Dengan membawa calon bangsa cina, dan merupakan calon pertama dari PRO Mahasiswa bagi UKM, penulis dan kawan2 bertungkus lumus bagi memenangi hati pegundi di fakulti undang2 yang secara jealasnya begitu kritikal dan 'independent' dlm soal ini. Isu yang jelas dan kencang antaranya adalah soal perkauman. Isunya mudah sahaja, adakah pelajar melayu perlu mengundi calon cina, dan sebaliknya.

Nampkanya ini bukanlah kerja yang mudah bagi mengatasi persoalan sebegini. sentimen perkauman begitu kuat..sebagai makluman Lawan bagi calon Pro M adalah berbangsa melayu dari Pihak Aspirasi, yang juga merupakan kawan baik penulis, saudara Hazwan.Agak sukar untuk 'menentang' kawan dalam erti kata sebegini..Tapi penulis mengambil sikap profesioanal dalam hal ini. politik adalah politk, kawan adalah kawan..Kita tidak bergaduh atau sbgainya..Cuma kita 'berlawan' dari sudut idea dan pembawakan..Itu buknya satu masalah ..


Saban malam kami dai kelompok jentera berbincang dan menganalisis corak pengundi di kampus. Boleh dikatakan 'mode' pegundi kpd calon adalah sentiasa berubah setiap hari sehingga menjelang hari pegundian.. Kemampuan calon dan isu2 yang dibawa benar menjadi perhatian para pegundi..Bagi penulis sendiri yang menjadi wakil calon ala2 master mind dan 'think thanker' kepada sahabat penulis yang berbangsa cina turut mejadi buah mulut sesetengah pihak..ada mengatakan penulis sebagai 'pengkhianat Bangsa" :) teori dangkal yang sudah lapok..





















Penulis melihat sentimen lapok sebegini masih bnyk di dalam pemikiran mahasiswa. sentimen perkauman begitu agung sehingga soal kemampuan calon dari sudut keupayaan memimpin dan membawa isu2 mahasiswa diketepikan..ini merupakan satu 'sampah' yang sudah lama terperap di dalam minda pelajar kini..

Namun secara kesimpulan, tidak dapat penulis ulas disini. Penulis akan cuba mencari masa yang lebih sesuai bagi mengulas isu ini. Berbalik kepada keputusan PRK, kerusi fakulti undang2 dimenangi oleh Pihak PRO M, dengan majoriti hanya 27 undi sahaja.Namun begi penulis beza 27 undi itu sangat besar ertinya.Ini kerana fakulti Undang2 merupakan kubu kuat Aspirasi sblm ini.Iaitu sudah hampir lebih 5 tahun kerusi ini dipegang kelompok Aspirasi. Bagi kami jentera yang hanya seramai 10 orang dan terdiri dari bangsa melayu,cina,india kami merasakan ini satu kemenangan yang begitu besar bagi kami..Ini juga amat penting kerana dikatakan secara 'tradisi' bahawa Kerusi fakulti Undang2 merupakan 'indicator' kepada mode pegundi di UKM..kalau ia dimenangi Aspirasi menunjukkan pengaruh mereka masih kuat...Namun jika sebaliknya, maka ini menunjukkan mereka sudah mula patah taringnya..Malahan kali ini, kerusi di fakulti Kejuteraan, perubatan yang juga merupakan fakulti2 'kuat' telah dimenangi Pro M..

Maka jelaslah, dengan kejayaan Pro M memecahkan 2/3 dominasi Aspirasi menujukkan Mahasiswa telah mula berubah. Malahan analisis menunjukkan kerusi bagi Pelajur tahun3,4 yang hampir dimenangi Pro M , menunjukkan pelajar senior sudah arif dan matang dengan politik kampus..Tidak seperti pelajar2 tahun 1 yang masih dibayangi ugutan2 buang kolej,tindakan disiplin dan sebagainya yang jelas membuatkan mereka tidak 'berani' menyatakan suara mahasiswa mereka..

Akhir kata kemenangan PAS di Kuala Terenggau, dan Kemenangan PRO M di UM, jelas menunjukkan kita warga Malaysia telah mula sedar,bangkit dan terus Bangkit. Kita sudah bangun dari tidur.. Namun jelasnya amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan telus,adil dan sepenuh daya yang ada.Tidak lupa penulis ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada rakan2 mahasiswa yang menyambut perayaan gemilang Ini. Semoga Bergembira dan berbahagia di hari yang mulia Ini.

- Dari mahasiswa,untuk mahasiswa,kepada ,mahasiswa - Dari rakyat,untuk rakyat,kepada Rakyat!!-

P/S: penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis, dan tiada kaitan dengan mana2 organisasi yang dianggotai oleh penulis.

12 comments:

kratos said...

Saya ingin menegaskan di sini bahawa sentimen perkauman di Malaysia merupakan salah satu titik kelemahan yang mampu memudaratkan negara kita. Negara Malaysia wujud dengan kerjasama ketiga-tiga kaum utama dan ini telah membawa keseimbangan dalam sistem ekonomi, sosial dan politik negara. Jika sentimen perkauman ini dibenarkan menular, semua kemajuan dan keharmonian yang dikecapi sejak kemerdekaan sehingga kini akan musnah. Panorama yang sama dapat dikaitkan dengan PILIHAN RAYA KAMPUS yang berlaku di universiti. Apabila mengundi seseorang calon, majoriti pengundi melihat kaumnya sebelum kualiti kepimpinan dan kelayakan seseorang calon itu. Adakah jika dengan mengundi calon yang sama bangsa dengan kita, kita akan dijanjikan pemimpin yang baik? Mungkin pada sesetengah pihak, calon yang sama bangsa dengan pengundi, jika menang kebajikan pengundi akan lebih terjamin. Anggapan ini salah dan ia turut menunjukkan sifat pentingkan diri yang eksesif oleh sesetengah daripada kita. Kita bukan mahukan pemimpin yang dapat mambantu atau mewakili satu kaum sahaja. Jika hanya kebajikan satu bangsa terjaga, apakah nasib bangsa lain? Kita merupakan rakyat negara Malaysia iaitu negara yang berbilang kaum. Pemimpin yang ideal dari segi konteks negara kita ialah seorang pemimpin yang dapat mewakili semua bangsa di malaysia tanpa sebarang kekecualian. Kita tidak harus mengundi seseorang berdasarkan bangsanya tetapi dengan melihat kapasitinya melaksanakan tanggungjawab tanpa berat sebelah sebagai wakil BANGSA MALAYSIA.

LONE RANGER said...

Saya sokong sangat apa yang diperkatakan. Memang benar sejak dari azali lagi pengundi hanya mengundi calon yang berasal dari bangsa mereka dahulu. Mereka masih tidak sedar-sedar lgi bahawa apa yang diperlukan oleh seorang pemimpin adalah kepimpinan dan kualitinya bukan nya bangsa apa. Apa yang dikataka sebagai kelemahan malysia ini sebenarnya sudah mula nampak jelas. Mungkin tradisi yang diamalkan sejak dahulu lagi salah satu punca bagi masalah ini. Rakyat kita tidak harus mengundi seseorang berdasarkan bangsanya tetapi dengan melihat kapasitinya melaksanakan tanggungjawab tanpa berat sebelah sebagai wakil BANGSA MALAYSIA. Begitu juga dengan apa yang berlaku di kampus kita sekarang. Tradisi mengundi calon dari bangsa sendiri masih diteruskan. Keadaan ini harus diubah secepat mungkin. Ini adalah kerana pelajar dalah merupakan orang yang mempunyai kuasa yang paling besr hingga mampu menggoyah negara. Apapun kita lihat sahajalah dahulu kerana sewaktu proses perubahan kearah menghapuskan perkataan kaum, sudh ada pihak yang mula menyebarkan semangat perkauman.

Anonymous said...

thats right

Anonymous said...

klu nk jd bangsa malaysia knp masih ada sekolah cina ngan tamil??

klu nk jd bangsa malaysia kenapa masih ade bahasa bahasa lain selain bahasa kebangsaan?

kenapa ade berita tamil ngan mandarin sedangkan kamu nk jadi bangsa malaysia?

jangan jadi melayu bangsat!!

Ahmad Deniel said...

to Anonymous ..

Untuk menjadi bangsa malaysia tidak juga bermaksud semua kaum2 lain perlu dihapuskan sama sekali..tidak perlu juga bahasa2 mereka dihapuskan..sampaikan berita dalam bahasa mereka perlu dihapuskan..

Bangsa malaysia yang kita inginkan adalah bangsa malaysia yangs saling hormat menghormati antara satu sama lain..

Hormat mengormati ini termasuklah dari sudut kehidupan seharian,hak-hak mereka,agama mereka dan sebagainya..Tidak kira Melayu,Cina, India atau mana2 kaum bumiputera yang lain..


Tidak perlu untuk membina bangsa Malaysia sampai ingin 'memusnhakan' kaum lain..Tuhan sendiri setahu saya yang dangkal ini tidak pernah menyarankan sebegitu..

Soal kadangkala2 ada kaum2 tertentu 'mencabar' dan 'bermain api' berkenaan hak sesuatu kaum jelas kita tentang sama sekali.Mereka inilah dikatakan sekam dalam apai dan duri dalam daging dlm masyarakat hari ini.

kita sendiri kadangkala terkeliru dan termakan dengan permainan golongan2 ini. Untuk membicarakan soal ini saya akan ulas di dalam penulisan akan datang.

Berkenaan kenyataan anda 'jangan jadi melayu bangsat' itu hak anda untuk menyatakan pendirian anda.

Namun bagi saya yang menulis artikel ini jka ia ditujukan kepada saya, saya dengan senang hati menerima pernyataan itu. =)
Terlalu banyak 'metafora' dlm penulisan begitu memedihkan .. =)

January 24, 2009 5:47 PM

Anonymous said...

""klu nk jd bangsa malaysia knp masih ada sekolah cina ngan tamil??

klu nk jd bangsa malaysia kenapa masih ade bahasa bahasa lain selain bahasa kebangsaan?

kenapa ade berita tamil ngan mandarin sedangkan kamu nk jadi bangsa malaysia?

jangan jadi melayu bangsat!!""

PENULIS UNGKAPAN INI BEGITU BENGAP SEOLAH TAK PERNAH MASUK U..BODOHNYA ANDA..

MALAYSIA ITU SENDIRI ADA CINA,INDIA,MELAYU..SO KENALAH ADA FAVOUR DARI SEMUA KAUM TU..BODOHNYA ANDA..

KALAU NAK DIHAPUSKAN SEMUA TU, DAN SEMUANYA NAK LETAK SESUATU KAUM JER SEBAGAI DOMINASI ADALAH TEORI YAG TAK PRAKTIKAL..TEORI ANDA INI SANGAT BODOH..

SAYA RASA ANDA NI BUKAN RAKYAT MALAYSIA..NTAH-NTAH ANDA NI WARGA THAI KOT??KAH.KAH.KAH.KAH

THAI? MACAM KENAL JER.HAHAHA

Anonymous said...

Margaret Thatcher pernah berkata: “Kelas ialah konsep komunis. Mereka mengkelompokkan manusia dan menyebabkan adu domba antara satu dengan yang lain.”

Anonymous said...

man, cina xkan undi melayu..di kwsn cina semua, mrk xnak melayu jd wakil mrk..di kwsn melayu ramai, ada jugak kita bg kaum lain pgg..melayu xpenah halau org cina meniaga di tempat penoh dgn melayu..cuba melayu pi meniaga kt china town..tah2 kena pulau..macam yg berlaku kat pekan lama, sg petani kedah..bangunan diberi milikan kpd melayu..mula2 melayu xmampu nk byr sewa, then ada melayu yg berani amik risk..masuk meniaga..last2 diboikot sbb bgunn tu kat kwsn cina..fikirlah..Surah Al-Maidah 51, bacalah..

Anonymous said...

teori dangkal yg sudah lapok?

xkan berenti propaganda kafir ke atas org islam selagi kita mengikut agama mereka

teori apa kamu pakai?

anwar? dsai@aids

Anonymous said...

"selagi kita TIDAK mengikut mereka"

salah la wei

Anonymous said...

kita tak payah usik hak kaum lain sebab orang lain tak pernah usik hak melayu la...ape la korang ni..

macam la kat fac..senior2 kita tak pernah ajar kita tuk bersatu sesama melayu.jgn la undi melayu je..senior kita bersikap malaysia..pegi kuliah balik cuti sem exam dapat DL masuk kuliah balik..cuti exam..then konvo..yey!! jr2 ni kena respect senior.kita pun ajar jr kita camtu.kita pun tak pernah nak tengok2 kan diorang..lantak ler..

senoir2 cina wat meeting rahsia sesama kaum.dinner sesama kaum.buat buku contact untuk semua jr cina, senang nak cantact snior cina.mreka bagitau suh kuatkan perpaduan antara cina.takpe la.semangat perpaduan gak tu..

kita melayu gaduh kat AGM xpe sebab kita kan demokrasi.semua orang ada hak masing-masing.nak jawatan.dapat jadi timbalan exco pun penting untuk kerjaya kita nanti.mana tau bole jadi ptner Lee H ke Zico ke..semua tau undang-undang.siapa yang bertahan akan menang.tu je.akhirnya undi kita pecah.xpe..janji hak individu kita dipertahankan! tak nampak bodoh pun..nakpak out standing lagi..

adoi..kenapa melayu tidur..ke malas nak layan.bukan sedare aku pun! lalu kita tidur balik..

yang indian pun same je cam melayu..mereka cakap mereka kaum minoriti.ape la sangat yang boleh kita perjuangkan..biarlah malayu ngan cina buat.kami ikut je.kita kan di malaysia.

Anonymous said...

entahnye..melayu pon susah sgt nak bersatu..cina nih dah lama bersatu..kita tercangak2..MELAYU..MELAYU..BANGUN..PERTAHANKAN HAK ANDA..KITA BERSATU BUKANNYA NAK MEMBANTAH HAK KAUM LAIN CUMA PERTAHANKAN HAK MELAYU SAHAJA..