Friday, July 31, 2009

ADAKAH PTPTN CUKUP?



Tujuan PTPTN adalah untuk membantu mahasiswa membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT.

Baru-baru ini, saya telah berbincang isu tersebut dengan seorang rakan saya yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Beliau berpendapat bahawa mahasiswa sepatutnya bersyukur dan berterima-kasih kepada kerajaan kerana PTPTN telah membantu mahasiswa untuk menyelesaikan masalah kewangan. Saya bertanya: Adakah kamu meminjam PTPTN? Beliau kata tidak. Saya tersenyum dan beritahu rakan saya itu bahawa beliau tidak tahu kesusahan mahasiswa yang meminjam PTPTN.

Sebenarnya, PTPTN adalah tidak cukup terutamanya bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Seseorang mahasiswa boleh dapat lebih kurang RM2000 satu semester selepas potong yuran pengajian. Maksudnya, RM2000 adalah untuk perbelanjaan kos sara hidup untuk satu semester iaitu 4-5 bulan. Adakah kamu pernah kira? Perbelanjaan untuk makanan( sarapan, makan tengahari, makan malam), perbelanjaan untuk sewa rumah/kolej, perbelanjaan untuk kenderaan, perbelanjaan untuk bil? Tambahan lagi mahasiswa yang diarahkan untuk menyiapkan tugasan-tugasan mereka dengan komputer menyebabkan mereka terpaksa membeli lap top. Mana ada duit? RM2000 itu cukup? Bagaimanakah seorang mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah boleh menyara diri terutamanya pada era krisis ekonomi ini?

Kebanyakan mahasiswa di universiti terutamanya universiti tempatan di negeri Selangor bergantung kepada
FAMA Bank( Father Mother Bank). Bagi mereka yang tidak mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa, mereka terpaksa meminta bantuan daripada universiti, ataupun cari kerja(kebanyakan mengajar tuisyen dan kerja part time Sabtu dan Ahad) untuk menyara diri. Terdapat mahasiswa yang jimat juga. Mereka makan sekali sahaja satu hari: nasi + telur dadar + sup tom yam= RM2.00.

Sebaik sahaja mahasiswa tamat pengajian, sudah tentu mereka akan cari kerja. Kebanyakan mahasiswa boleh mendapat gaji lebih kurang RM1800. Kalau kira dengan teliti, masih tak cukup duit untuk menyara diri, dan mereka berhutang kepada kerajaan duit PTPTN berpuluh-puluh ribu ringgit! Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang menganggur. Kalau mereka terpaksa menyara keluarga lagi?

Adalah tidak senang bagi seseorang anak daripada sesebuah keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah masuk ke universiti. Semestinya keluarga tersebut menaruh harapan yang tinggi kepada anak mereka itu. Akan tetapi, mereka tidak sangka anak mereka bukan sahaja tidak dapat menyara keluarga, tetapi menyara diri pun menjadi satu masalah, tambahan lagi anak mereka kena membayar hutang PTPTN dengan faedah.

Saya tidak tahu kenapa media suka memburuk-burukkan mahasiswa . Ada yang mengatakan bahawa PTPTN mahasiswa adalah lebih daripada yang cukup. Ada yang mengatakan bahawa mahasiswa suka menggunakan wang PTPTN untuk membeli-belah,
dating dan lain-lain. Saya pasti, mahasiswa yang dimaksudkan itu, mahasiswa yang kaya, atau mahasiswa yang bekerjapart time. Sudah pasti, mahasiswa berasal daripada keluarga yang kaya tiada masalah membeli-belah, tetapi bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang miskin? Duduk rumah makan Maggie sahaja.

Pendidikan adalah perkara yang paling asas dan penting di sesebuah negara. Kos pendidikan sepatutnya ditanggung oleh negara. Bagaimana mahasiswa dapat fokus kepada pelajaran jika menghadapi masalah kewangan? Bagaimanakah seseorang itu boleh berkhidmat dan menyumbang kepada negara jika dia menghadapi masalah kewangan? Adakah patut kita bersyukur atau patutkah kita memperjuangkan hak yang kita sepatutnya ada? Adakah sampai masa kerajaan mempertimbangkan polisi dan dasar mereka? Fikirkanlah


1 comment:

cikgu azmi said...

salam penulis...semua org ada pendapat sendir...dan sebagai peminjam ptptn...sememangnya jumlah 2000 itu juga tidak mencukupi bagi saya....dan terpaksa juga menngunakan FAMA...walaupun sy tidak meminta dari mereka....namun mereka memahami kesukaran saya...

tambahan pula sy mengmbil jurusan seni yg sememngnya memerlukan perbelanjaan yang agak banyak...terutama untuk tugasan studio..membeli bahan2 untuk belajar....bahkan yuran kami adalah paling tinggi di kalangan penuntut2 jurusan lain.....percayakah anda jika saya katakan ptptn kami telah kering pada pertengahan semester dan mgkin lebih awal bergantung kepada studio yang kami pilih.....

dan krn ptptn lah sy ada di ipt.....