Budaya atau kebudayaan(daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore;atau cultative: yang bermaksud tumbuh; membesar, berkembang, bertambah; Oleh itu, kebudayaan bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan tumbuh, membesar atau berkembang, dan, seperti semua benda alam, ia melalui peringkat-peringkat yang berbeza:
1. kelahiran,atau kewujudan (tumbuh)
2. membesar atau berkembang
3. kemerosotan atau pereputan
4. kematian atau kehilangan
Walau bagaimanapun sesuatu kebudayaan tidak akan hilang,tanpa meninggalkan kesan. Kebiasaannya elemen sesuatu budaya akan menyerap ke dalam budaya yang lain, dan seterusnya berkekalan.
Seribu tahun yang lalu, budaya Yunani Purba (Greek) merupakan satu pengaruh yang kuat--terlalu kuat. Sampai sekarang, kebudayaan Yunani Purba masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam banyak aspek seperti bahasa, politik(democracy,autocracy,dictator,etc), sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina.
Tetapi, lihat Yunani hari ini: tandus, menjadi miskin, dan tidak lagi dijadikan sebagai model untuk apa-apa sahaja. Pelik? Sedih? Tidak, kerana ia adalah sesuatu yang semula jadi: semua benda alam, wujud, kekal untuk sementara, dan akhirnya hilang. Itu satu realiti kepada kehidupan kita.
Bila kebudayaan itu bermula? Kebanyakannya bermula disebabkan oleh pengaruh-pengaruh lain. Contohnya, negara kita yang pernah dijajah oleh Belanda, Portugis, British meninggalkan kesan budaya barat. Adakah kita boleh mengelak kita daripada pengaruh budaya ini? Kalau seseorang itu berkata:' Saya seorang Cina, dan saya akan mengikut kebudayaan atau budaya Cina sahaja, dan tidak akan mengikut mana-mana budaya lain.' Dia akan hidup dengan gaya yang tradisional, mengelakkan diri daripada budaya lain yang bukan Budaya Cina, seperti kereta, televisyen, radio dan lain-lain. Secara realitinya, adakah boleh jadi seseorang hidup hanya dengan kebudayaan Cina sahaja? Adalah betul jika dikatakan Orang Asli mempunyai kehidupan dan budaya tersendiri, tetapi masih terpengaruh dengan pengaruh luar. Apa yang dimaksudkan di sini: Tiada sesiapapun yang boleh hidup bersendirian, disempurnakan oleh diri sendiri; Kita hidup dengan yang lain, dan kehidupan kita akan dipengaruhi dan mempengaruhi, dan oleh yang demikian, kita mesti membina falsafah kehidupan kita.
Hari ini, saya seorang Cina, dan akan berkekalan sehingga saya mati; Adalah bodoh kalau saya menafikan saya seorang Cina. Tetapi kalaulah anda tanya saya untuk menerangkan tentang Kebudayaan cina, saya akan berasa susah untuk menjawabnya, bagaimana saya hendak menggambarkannya sedangkan budaya cina zaman moden sudah berbeza. Kebudayaan itu, bukan sesuatu yang statik, tetapi sesuatu yang membesar, berkembang dan berubah. Kebudayaan Melayu, sebagai contoh, bukan seperti 2000 yang lalu, 1000 tahun yang lalu, 100 tahun yang lalu, atau 50 tahun yang lalu; kebudayaan telah berubah, dan sedang berubah, seperti semua benda alam berubah. Apabila ia berhenti berubah,ia hanya akan dimasukkan dalam buku sejarah.
Budaya British--wujud atau pernah wujud, selain daripada apa yang kita sebut hari ini--budaya barat. Britain, ataupun Great Britain, pernah menjajah empayar terluas di dunia. Britain adalah satu wilayah yang kecil, tetapi pernah dikatakan 'Matahari tidak pernah terbenam di empayar British', kerana ia menjajah hampir seluruh dunia, dan matahari sentiasa bersinar di empayarnya, Kanada, Malaya, India an lain-lain. Disebabkan kekuatan British, Bahasa Inggeris dijadikan bahasa antarabangsa hari ini, dan ini hanya salah satu warisan yang ditinggal oleh British; dan ini bukan disebabkan oleh Bahasa Inggeris adalah bahasa yang terbaik di dunia, padahal bahasa lain adalah lebih baik daripadanya, ia diterima sebagai Bahasa Antarabangsa kerana British adalah paling berkuasa dan berjaya dalam usaha mereka menjajah negara lain. Pendek kata, kerana British mempunyai senjata, bom, senapang, dan mempraktikkan 'diplomasi kapal senjata'! dan budaya British mempunyai pengaruh yang banyak di dunia ini, bukan sahaja bahasa, tetapi budaya lain seperti perundangan, media dan lain-lain. (Renungan PPSMI)
Masa sudahpun berlalu, kita tidak dapat mengubah apa-apa lagi, tetapi kita boleh belajar daripada sejarah, dan mencipta masa depan yang lebih baik. Ini adalah matlamat kita, rakyat Malaysia. Negara seperti Malaysia, boleh diibaratkan sebagai 'rojak', terdapat pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan pribumi yang lain, dan setiap kaum mempunyai sesuatu untuk menyumbang kepada negara. Perkara yang unik di negara kita adalah semua kaum dapat mempertahankan kebudayaan masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kumpulan yang saya sendiri tidak suka melihat - kumpulan yang cuba untuk mengikuti budaya barat, berkelakuan seperti orang barat; Ini seolah-olah menunjukkan mereka berasa malu untuk menjadi sebahagian daripada orang Melayu, Cina, India, atau orang Asia, dan cuba untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka ini lebih 'barat' daripada 'barat', dan realitinya, mereka bukan orang barat, untuk selama-lamanya, mereka tetap orang Melayu, Cina, India atau orang Asia, dan mereka akan terpisah daripada budaya asal sendiri yang akan memberi sesuatu sekuriti atau rasa selamat kepada mereka.
Malaysia adalah satu sup, dengan pelbagai bahan dan ramuan, resipinya masih belum ditulis lagi; Budaya Melayu, Cina, dan India adalah salah satu flavor untuk sup ini, dan kita perlu teruskan supaya kita tidak di'barat'kan. Apa yang saya maksudkan adalah satu integarsi, satu gabungan. Budaya Malaysia akan wujud pada masa depan, saya pasti. Dan ia memerlukan pengorbanan, untuk mewujudkan satu kebudayaan yang terbaik. Kita ada kehidupan yang rohaniah, dan kehidupan fizikal untuk dijaga serentak. Seperti seorang kawan saya berkata: Beragama bukan hanya memanggil sendiri 'Muslim', 'Hindu', 'Katolik', atau pergi sembahyang Jumaat, pergi gereja atau tokong, tetapi cara kita hidup setiap hari dalam menjalin hubungan dengan orang lain. Tidak ada maknanya jika kita memanggil sendiri 'Muslim', 'Hindu' atau 'Katolik' jika kita tidak jujur dan adil dalam hubungan dengan orang lain, jika kita menyusahkan, mengancam orang lain, dan bukannya membantu sekiranya kita ada peluang untuk berbuat demikian, sebagaimana kita memerlukan bantuan orang lain juga. Nama itu hanya satu tipuan.
Usah risau, integrasi budaya tersebut belum berlaku lagi. Jika ia berlaku pada masa depan, usah berpaut kepada bentuk budaya tersebut - budaya yang diwarisi oleh kaum lain - tetapi cuba memahami apa yang baik. Intipati sesuatu budaya adalah lebih penting daripada bentuknya, dan perkara yang terpenting adalah untuk hidup sebagai seorang manusia, dan menyedari bahawa orang lain mempunyai hak dan perasaan seperti anda juga, tanpa kira bangsa, kaum dan agama. Sebelum budaya kita hilang, jadilah sebahagian daripada satu budaya yang lebih besar lagi. Apabila sungai dari Nile, Mekong, Amazon mengalir ke laut, mereka hilang identiti masing-masing, itu benar, tetapi tidak bermakna ia telah hilang; mereka telah menjadi sebahagian yang lebih hebat dan lebih kuat,
Dan saya percaya Malaysia akan menjadi lebih kuat dan lebih baik.

No comments:
Post a Comment